Remake Final Fantasy 7 yang dinanti-nantikan ini akhirnya akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 3 Mac, 2020 dan berita ini disahkan oleh Square Enix sendiri semalam sebelum E3 2019. Trailer pendek baru untuk Final Fantasy 7 Remake juga telah dikeluarkan.
Tarikh keluaran untuk Final Fantasy 7 Remake telah diumumkan oleh game director Tetsuya Nomura sendiri di konsert Final Fantasy di Los Angeles. Nomura berkata bahawa Square Enix akan membuat lebih banyak pengumuman tentang Final Fantasy 7 Remake pada hari esok 11 Jun di persidangan media mereka.
Trailer baru untuk FF7 Remake agak penden dan banyak menunjukkan watak dan lokasi yang pemain pernah lihat di trailer sebelum ini, tetapi memberi pandangan lebih terperinci kepada aksi-aksi yag berlaku di dalam game. Square Enix juga telah mengeluarkan artwork baru untuk game ini dengan penampilan khas oleh antagonis Sephiroth berdiri di depan sebuah bangunan Midgar yang terbakar.
Final Fantasy 7 Remake diumumkan secara rasmi beberapa tahun lepas pada 2015 di persidangan media E3 milik Sony. Sejak itu, FF7 Remake telah melalui pelbagai perubahan— termasuk perubahan pada developer— dan tempoh sunyi yang lama daripada Square Enix. Game Director Tetsuya Nomura berkata pada satu masa, remake ini diumumkan terlalu awal, tapi akhirnya kami sudah mendekati pelancarannya.
The return draws closer. #FinalFantasy VII Remake comes to PS4 on 03.03.2020.
Make sure you tune in to @SquareEnix Live #E32019 at 6pm PDT to learn more! https://t.co/c5hQH9AyJH #FF7R pic.twitter.com/t5sMm6Ik9Z
— FINAL FANTASY VII (@finalfantasyvii) June 10, 2019
Final Fantasy 7 Remake dirancang untuk keluaran secara episod, jadi walapun kita dapat bermain game pada awal tahun depan, kami masih harus tunggu lagi untuk bermain game ini secara keseluruhannya.
Sumber – Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post