Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Venom: Let There Be Carnage ditunda sekali lagi ke Oktober 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Venom: Let There Be Carnage ditunda sekali lagi ke Oktober 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Black Widow dan The Suicide Squad sudah ditayangkan, masih ada banyak lagi filem adiwira yang menanti kita pada tahun ini termasuk Shang-Chi, dan sekuel Venom. Malangnya saya ada berita buruk untuk semua penggemar filem kerana Venom: Let There Be Carnage telah ditunda sekali lagi dari tarikh pelepasan 24 September ke bulan Oktober berikutnya.

Filem sekuel Venom sebenarnya telah ditunda beberapa kali kerana wabak COVID-19, tetapi kini secara rasmi telah ditunda dari 24 September 2021 ke 15 Oktober 2021. Berita ini mungkin disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 di Amerika Syarikat dan pendapatan hujung minggu yang mengecewakan dari filem The Suicide Squad Warner Bros di mana ia hanya memperoleh $ 26 juta. Sony Pictures masih belum memberikan alasan rasmi untuk penangguhan tersebut.

Berikut adalah sinopsis filem:

Setahun selepas kejadian filem Venom pertama (2018), wartawan dan penyiasat Eddie Brock (Tom Hardy) harus menyesuaikan kehidupannya bersama parasit Venom. Demi meneruskan kerjaya dalam bidang wartawan, Eddie menemu bual seorang pembunuh bersiri bernama Cletus Kasady (Woody Harrelson), yang menjadi hos kepada “parasit symbiote Carnage”. Kini, ia terserah kepada Eddie untuk mengalahkan Cletus setelah dia melepaskan diri dari penjara.

Filem ini diarahkan oleh Andy Serkis, ditulis oleh Kelly Marcel, dan dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Michelle Williams sebagai Anne Weying, Naomie Harris sebagai Frances Barrison/Shriek, Reid Scott sebagai Dan Lewis, dan Stephen Graham sebagai Mulligan.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Berita tentang penangguhan Venom: Let There Be Carnage pasti akan mengecewakan banyak peminat Marvel, walaupun perbezaan tarikh hanyalah sebulan. Saya faham kerana Sony ingin membuat keputusan yang betul dengan menjaga kesihatan dan keselamatan para penonton dari wabak yang sedang berlaku, memandangkan jumlah kes semakin meningkat setiap hari. Semoga keadaan bertambah baik apabila filem ini dapat ditayangkan secara rasmi. Sekali lagi saya ingatkan, filem Venom: Let There Be Carnage telah ditunda dan kini akan keluar di pawagam pada 15 Oktober 2021.

Sumber- Collider

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemmovieVenomVenom: Let There Be Carnage
Previous Post

[Khabar Angin] GTA III, Vice City dan San Andreas akan mendapat remake di semua platform termasuk mobile!

Next Post

Bola? Lumba? Atau Berenang? Jom lihat senarai anime Sukan yang menarik untuk ditonton!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Bola? Lumba? Atau Berenang? Jom lihat senarai anime Sukan yang menarik untuk ditonton!

Bola? Lumba? Atau Berenang? Jom lihat senarai anime Sukan yang menarik untuk ditonton!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd