Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem UNCHARTED Mungkin akan ditunda disebabkan Pengarah lari lagi sekali?!

Erm.. Ke ini disebabkan Tom Holland yang ketat sangat jadual tu?

Nyny.A by Nyny.A
December 31, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem UNCHARTED Mungkin akan ditunda disebabkan Pengarah lari lagi sekali?!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah seperti sebuah filem yang disumpah, pekara ini berulang lagi! Uncharted sebuah filem yang diadaptasi oleh permainan video dan mengikut siri pengembaraan Nathan Drake. Perjalanan siri Uncharted sehingga yang terbaru Uncharted: The Lost Legacy membuat ramai peminat permainan video ini menantikan filem aksi realiti ini hadir! Nampaknya menurut laporan terbaru dari Deadline menyatakan bahawa sekali lagi pengarah untuk filem ini telah menarik diri dari pembikinan filem ini!

Sumber: The Wrap

Dikatakan punca dari jadual rakaman yang padat oleh pelakon utama filem ini iaitu Tom Holland yang dalam masa sama tengah merakam untk filem Spider-Man 3! Jika kebocoran maklumat tersebut adalah benar, memang tidak disangkal lagi filem Uncharted kemungkinan besar akan ditangguh lagi tayangannya dari akhir tahun 2020!

Sumber Charles Sykes/Invision/AP/REX/Shutterstock

Deadline turut menyatakan bahawa disebabkan jadual padat ini membuat pengarah Travis Knight (yang juga pengarah filem spinoff Bumblee) tarik diri dari projek filem ini. Knight merupakan pengarah yang keenam tarik diri dari filem Uncharted selepas Dan Tractenberg (10 Cloverfield Lane) tarik diri tahun 2019, Shawn Levy (Free Guy) tarik diri tahun 2018, Seth Gordon (Baywatch) tarik diri tahun 2015, Neil Burger (Divergent) tarik diri tahun 2012 dan David O. Russell (American Hustle) tarik diri tahun 2011.

Sumber: PEN

Mark Wahlberg dikatakan masih akan berlakon sebagai Victor “Sully” Sullivan yang juga sebagai mentor kepada Nathan Drake. Sebelum ini, watak utama Drake adalah milik Mark Wahlberg ketika O.Russell masih menjadi pengarah sehingga kini, Tom Holland telah mengambil watak pratagonis tersebut.

Laporan terkini mengenai filem itu mendakwa bahawa Sony masih mahu bergerak maju dengan projek itu dan kedua pelakon popular ini masih akan membintanginya. Juga sekali lagi akan mencari pengarah baru untuk melampirkan projek itu. Tarikh tayangan terbaru juga akan diberitahu kelak.

Jika mengikut jadual Tom Holland, filem Spider-Man akan bermula dirakam musim panas tahun depan, jadi kemungkinan besar filem Uncharted akan disambung rakamannya sebelum atau selepas jadual tersebut. Sony masih belum memberi kenyataan penuh, jadi dengan harapan mereka mendapat pengarah yang akan kekal kali ini!

Sumber: Deadline

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemMark WahlbergSony PictureTom HolllandTravis KnightunchartedUncharted Filem
Previous Post

Captai Marvel atau Thanos atau…. Hero FIGHTER mana paling OP agaknya dalam Marvel Super War?

Next Post

Left 4 Dead 2: Chernobyl Chapter One kini sudah LIVE selepas 9 tahun dalam pembangunan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Left 4 Dead 2: Chernobyl Chapter One kini sudah LIVE selepas 9 tahun dalam pembangunan!

Left 4 Dead 2: Chernobyl Chapter One kini sudah LIVE selepas 9 tahun dalam pembangunan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd