Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Filem Ultraman: Rising Akan Ditayangkan Pada 14 Jun, Bersama Dub Melayu!
Share on FacebookShare on Twitter

Wahai peminat Ultra! Filem animasi Ultraman: Rising sah akan mula ditayangkan pada 14 Jun, hanya di Netflix, beserta lakonan suara (dub) Bahasa Melayu!

Hanya berbaki lebih kurang sebulan sebelum tayangan, Netflix telah mengeluarkan seni visual dan trailer dub Melayu baharu untuk filem animasi tersebut yang anda boleh tonton di bawah:

Filem animasi CG panjang ini diterbitkan bersama oleh Tsuburaya Productions dan Netflix, bersama animasi oleh Industrial Light & Magic. Lakon layar pula ditulis oleh Shannon Tindle dan Marc Haimes, dan diarahkan oleh Shannon Tindle bersama John Aoshima. Lagu original untuk filem animasi dihasilkan oleh Diplo dan Oliver Tree.

Kredit: Netflix

Yang menarik kali ini adalah Netflix akan menawarkan lakonan suara Bahasa Melayu untuk Ultraman Rising, yang dibuktikan oleh trailer rasmi di atas. Saya cuba mencari info tentang pelakon suara, tetapi malangnya, tiada info yang boleh ditemui di internet.

Kredit: Netflix

Bagi mereka yang berminat untuk menonton Ultraman Rising, berikut adalah sinopsis:

“Apabila Tokyo diancam oleh serangan raksasa yang berleluasa, bintang besbol, Ken Sato pulang ke kampung halaman dengan berat hati untuk mengambil peranan sebagai Ultraman. Namun adiwira gergasi itu bertemu buku dengan ruas apabila dia terpaksa menjaga anak kaiju yang menghembuskan api setinggi 35 kaki. Sato perlu mengetepikan egonya untuk mengimbangi kerja dan tanggungjawab sebagai penjaga sambil melindungi si kecil itu daripada kuasa yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya demi rancangan jahat mereka yang tersendiri.”

Baca segala berita kami tentang Ultraman di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemMelayuUltramanUltraman: Rising
ShareTweetSend
Previous Post

Epic MEGA Sale 2024 Bermula Sekarang, Boleh Tebus Game Percuma Dragon Age: Inquisition—GOTY Edition

Next Post

Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!

Honor of Kings Invitational Season 2 Akan Datang Ke Kuala Lumpur!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd