Selepas sambutan hangat filem live action pertama, Tokyo Revengers kembali dengan filem sekuel pula. Seperti yang diumumkan dahulu, untuk filem sekuel, Tokyo Revengers 2 akan mempunyai dua bahagian. Tajuk untuk kedua-dua filem sudah pun didedahkan bersama visual! Jom kami ceritakan lebih lanjut.
Diumumkan secara rasmi melalui akaun Twitter, bahagian pertama Tokyo Revengers 2 bertajuk Bloody Halloween -Fate- (Chi no Halloween -Unmei-) manakala bahagian kedua pula bertajuk Bloody Halloween –Decisive Battle (Chi no Halloween -Kessen-). Kedua-dua filem akan dilepaskan di pawagam Jepun pada tahun 2023, dengan bahagian pertama semasa Golden Week manakala bahagian kedua pula semasa musim panas.
Pelakon-pelakon juga kembali untuk membawa semula watak masing-masing. Berikut adalah pelakon utama untuk filem tersebut:
- Takumi Kitamura: Takemichi Hanagaki
- Ryo Yoshizawa: Mikey/ Manjiro Sano
- Yuki Yamada: Draken/ Ken Ryuguji
Pengarah filem, Tsutomu Hanabusa dan produser Shota Okada juga kembali untuk filem sekuel ini.

Kalau anda ingin tahu, filem pertama live action Tokyo Revengers ada ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas. Jadi berkemungkinan besar filem sekuel ini juga akan ditayangkan nanti. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pengedar filem. Trailer filem juga masih belum didedahkan.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tokyo Revengers merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui pada 1 Mac 2017. Kini sudah 29 jilid manga telah dilepaskan. Ia juga telah mendapat adaptasi anime sebanyak 24 episod oleh Liden Films pada tahun lepas. Musim keduanya pula bakal ditayangkan pada Januari 2023. Berikut adalah sinopsis untuk siri tersebut:
Takemichi Hanagaki seorang lelaki menganggur berusia 26 tahun. Dia mendapat tahu bahawa seorang kawan masa kecil dan bekas pacarnya Tachibana Hinata telah meninggal dunia setelah bertembung dengan suatu geng dilibatkan adiknya Naoto bernama Tokyo Manji-kai. Takemichi nyaris maut dilanggar keretapi namun menyedari bahawa dirinya kembali ke masa lampau saat di bangku sekolah tinggi; Takemichi cuba mengubah masa depan agar Tachibana selamat dengan memasuki geng Manji-kai, gerombolan paling ganas di wilayah Kanto.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tokyo Revengers daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post