Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem That Time I Got Reincarnated as a Slime akan tiba November 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Filem That Time I Got Reincarnated as a Slime akan tiba November 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi untuk filem anime akan datang That Time I Got Reincarnated as a Slime telah mendedahkan visual dan treler baru pada hari ini. Dalam treler, kita boleh melihat bahawa tajuk rasmi filem ialah Tensei Shitara Slime Datta Ken: Guren no Kizuna (That Time I Got Reincarnated as a Slime: Scarlet Bonds) dan akan ditayangkan pada November 2022.

Fuse, pengarang kepada siri novel ringan original, bertanggungjawab untuk menghasilkan jalan cerita bagi filem ini. Secara ringkas, Scarlet Bonds akan mengisahkan sebuah negara baru bernama Razha yang terletak di sebelah barat Tempest. Rimuru dan rakan-rakan tanpa sengaja telah terlibat dalam konspirasi kuno yang berpusat pada seorang gadis dengan kuasa misteri.

Pada masa yang sama, Rimuru dan komandernya Benimaru juga bertemu dengan seorang lagi ogre bernama Hiiro (boleh dilihat di bawah), yang pernah memandang tinggi kepada Benimaru.

Buat masa ini, itu sahaja info yang saya tahu secara tepat.

That Time I Got Reincarnated as a Slime aka Tensei Shitara Suraimu Datta Ken merupakan sebuah siri novel ringan yang ditulis oleh Fuse dan diilustrasikan oleh Mitz Vah. Ia membuat debut secara dalam talian antara 2013 dan 2016 di laman web penerbitan novel yang dihasilkan oleh pengguna di Shōsetsuka ni Narō.

Ia telah diperolehi oleh Micro Magazine, yang menerbitkan jumlah novel ringan yang pertama pada tahun 2014. Dua belas jilid telah diterbitkan pada Julai 2018. Ia juga telah menerima dua adaptasi manga dan adaptasi siri televisyen anime oleh 8-Bit yang mula bersiar pada 2 Oktober 2018.

Sumber: Laman web That Time I Got Reincarnated as a Slime

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemThat Time I Got Reincarnated as a Slime
Previous Post

Dua filem live action Fullmetal Alchemist akan keluar pada tahun 2022

Next Post

Nikmati diskaun hingga RM 3,900 dengan promosi terbaru MSI untuk Mac 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nikmati diskaun hingga RM 3,900 dengan promosi terbaru MSI untuk Mac 2022

Nikmati diskaun hingga RM 3,900 dengan promosi terbaru MSI untuk Mac 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd