Marvel Studios akhirnya telah mengeluarkan trailer pertama Ant-Man and the Wasp: Quantumania. Filem ini akan menjadi pembuka Phase Five untuk Marvel dengan pengembaraan Ant-Man ke dunia misteri dan bertemu Kang the Conqueror.
Untuk pengetahuan korang, trailer filem ini pernah ditayangkan buat kali pertama di D23 pada Julai lalu tetapi tidak dikeluarkan kepada umum kerana masih dianggap belum siap. Walau bagaimanapun, sekarang kita dapat melihat trailer rasmi tetapi terdapat beberapa perubahan daripada apa yang dilaporkan ketika waktu itu.

Namun kandungan dalam trailer sama sahaja di mana Ant-Man (Paul Rudd), Cassie Lang (Kathryn Newton), Wasp (Evangeline Lilly), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas) telah disedut ke alam kuantum. Mereka telah bertemu dengan beberapa bekas kenalan Janet dan Kang the Conqueror, antagonis utama Fasa Lima MCU.
Babak awal dalam trailer ini menunjukkan beberapa jenaka Scott Lang di mana dia disalah anggap sebagai Spider-Man. Selepas itu, kita dapat melihat Cassie telah belajar ilmu kuantum fizik dan Pym Particles. Dia menunjukkan satu alat komunikasi yang mampu menghubungi makhluk di alam Kuantum tetapi dihalang oleh Janet, malang sekali kerana ianya telah terlambat membuatkan mereka disedut ke alam kuantum.

Mereka telah tiba di alam tersebut dan seperti yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Marvel, Jonathan Majors yang berlakon sebagai Kang the Conqueror telah muncul dengan kostum lengkap berwarna biru seperti di dalam komik. Terdapat ramai penduduk di alam tersebut dan kita boleh lihat pelakon Bill Murray di dalam trailer ini, namun wataknya dalam filem ini masih lagi misteri.
Akhirnya kostum Stinger yang dipakai oleh anak perempuan Ant-Man, salah seorang Young Avengers yang membuat kemunculan di filem ini. Trailer berakhir dengan tawaran Kang the Conqueror kepada Ant-Man yang mungkin akan memberi impak besar kepada MCU. Anda boleh tonton video trailer di bawah:
Selepas beberapa filem dan siri daripada Phase Four Marvel yang agak mengecewakan, Ant-Man and the Wasp: Quantumania akhirnya membuka jalan untuk saga Multiverse ini bergerak selain daripada siri Loki dan filem Doctor Strange: Multiverse of Madness.
Ant-Man and the Wasp: Quantumania akan ditayangkan pada 17 Februari 2023 berdasarkan trailer tersebut. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita terkini tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post