Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem “Sonic the Hedgehog 4” Bakal Tayang Pada Mac 2027!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 22, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem “Sonic the Hedgehog 4” Bakal Tayang Pada Mac 2027!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada angin, tiada ribut. Paramount Pictures telahpun mengumumkan tarikh tayangan filem sekuel, Sonic the Hedgehog 4. Menurut laporan daripada laman berita hiburan Variety, filem aksi langsung ini akan ditayangkan di pawagam pada 19 Mac 2027.

Kredit: Paramount Pictures

Walaupun maklumat terperinci masih belum didedahkan, ramai menjangkakan pasukan kreatif di sebalik kejayaan filem Sonic sebelum ini akan kembali. Pengarah Jeff Fowler serta penulis skrip Pat Casey dan Josh Miller, yang memainkan peranan besar dalam kejayaan francais ini, dijangka terlibat sekali lagi, walaupun tiada pengesahan rasmi buat masa ini.

Tiga filem pertama Sonic the Hedgehog telah mencapai kejayaan luar biasa, mengutip lebih daripada satu bilion dolar di box office global. Dengan sokongan peminat yang kukuh dan banyak lagi cerita menarik dari permainan video yang belum diadaptasi, pembikinan filem keempat ini sememangnya sudah dijangka.

Plot Sonic the Hedgehog 3?

Babak post-credit Sonic the Hedgehog 3 telah memberi gambaran tentang arah tuju filem seterusnya. Dalam adegan tersebut, Sonic dilihat berada di sebuah hutan gelap, dikepung oleh sekumpulan Metal Sonic. Walaupun Sonic dengan mudah mengalahkan salah satu daripadanya, dia akhirnya dikelilingi sebelum diselamatkan oleh individu misteri yang membawa tukul gergasi—dikenal pasti sebagai Amy Rose.

Kredit: Paramount Pictures

Adegan ini membuat ramai percaya bahawa Sonic the Hedgehog 4 akan mengadaptasi elemen daripada game ikonik Sonic CD. Game yang dilancarkan untuk Sega CD ini memperkenalkan dua watak popular, Amy Rose dan Metal Sonic. Sonic CD juga memaparkan jalan cerita yang melibatkan perjalanan masa, di mana ada kemungkinan Sonic akan dibawa ke zaman futuristik.

Kredit: Paramount Pictures

Barisan pelakon asal turut dijangka kembali, termasuk Ben Schwartz (Sonic), Colleen O’Shaughnessey (Tails), dan Idris Elba (Knuckles), yang telah meluahkan minat untuk meneruskan penglibatan mereka dalam francais ini. Malah, Jim Carrey, yang sebelum ini ingin bersara selepas Sonic the Hedgehog 2, masih terbuka untuk kembali memegang watak Dr. Robotnik.

Namun, persoalan besar adalah mengenai Keanu Reeves sebagai Shadow. Walaupun wataknya dilihat “mati” dalam Sonic the Hedgehog 3, babak post-credit terakhir mengusik bahawa Shadow mungkin masih hidup.

Kredit: Paramount Pictures

Dengan tarikh ditetapkan pada 19 Mac 2027, ramai tidak sabar untuk melihat Sonic the Hedgehog 4. Hingga tiba masanya, peminat harus bersabar untuk mendapatkan maklumat terbaharu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemic the Hedgehog 4
ShareTweetSend
Previous Post

Solo Leveling Live-Action Dalam Pembikinan, Menurut Kakao Entertainment!

Next Post

Maksimumkan Pengalaman Gaming dengan SEGA Account, Kini Dilancarkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Maksimumkan Pengalaman Gaming dengan SEGA Account, Kini Dilancarkan!

Maksimumkan Pengalaman Gaming dengan SEGA Account, Kini Dilancarkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd