Semalam, Annapurna telah mengumumkan kerjasama dengan Remedy Entertainment untuk menerbitkan dan membiayai pembangunan Control 2, serta membangunkan dan menghasilkan filem, televisyen dan format audiovisual lain bagi francais Alan Wake dan Control.
We are partnering with Annapurna to co-finance Control 2. We hope you’re as excited about what this means for our creative output and ongoing independence as we are.
We are also happy to announce that Annapurna will work with us on expanding the Control and Alan Wake franchises… pic.twitter.com/5RqOtREhxw— Remedy Entertainment (@remedygames) August 29, 2024
Remedy Entertainment masih akan menerbitkan Control 2 dan pada masa ini “berusaha sepenuhnya” pada sekuel. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut tentang game ini masih belum didedahkan.
Dalam pengumuman, Mikael Kasurinen (pengarah kreatif Remedy Entertainment) dan Juha Vainio (penerbit eksekutif francais Control) meluahkan mereka sangat gembira untuk mendapatkan bantuan Annapurna.
“Nilai kreatif Annapurna selaras dengan kami, menjadikan mereka rakan kongsi yang memberi inspirasi untuk perjalanan ke hadapan. Kami di Remedy telah mengusahakan Control 2 sejak sekian lama, ia kelihatan hebat, dan kami rasa Annapurna ialah rakan kongsi yang sesuai untuk bekerjasama kerana pembangunan game sedang bergerak ke arah produksi dan akhirnya akan sampai ke garisan penamat.”
Bagi projek filem dan televisyen, pengarah kreatif Sam Lake menambah:
“Saya benar-benar teruja dengan peluang ini untuk mengembangkan kisah Alan Wake dan seluruh Remedy Connected Universe kepada medium di luar game dan membina semua ini dalam kolaborasi rapat, game, filem, TV dan medium lain juga, sebagai satu visi yang bersatu. Saya percaya Annapurna adalah rakan kongsi yang sempurna untuk kami merealisasikan impian ini.”
Hector Sanchez, Presiden interaktif dan media baharu berkata:
“Perjanjian dengan Remedy ini bukan hanya tentang mengadaptasikan game yang hebat—ia tentang membuka landasan baharu dalam cara syarikat boleh bekerjasama. Dengan menyokong langkah Remedy ke arah penerbitan sendiri, kami meletakkan kepercayaan pada visi mereka. Kami tahu daripada pengalaman bahawa Remedy ialah rakan kongsi pembangunan game kelas pertama dan kami teruja untuk berkongsi kerja mereka dengan khalayak yang lebih luas dengan membawa alam semesta Control dan Alan Wake ke filem, televisyen dan seterusnya.”
@gamersantaimy
Discussion about this post