Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Shin Kamen Rider akan keluar pada Mac 2023, diarahkan oleh pencipta Evangelion!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem Shin Kamen Rider akan keluar pada Mac 2023, diarahkan oleh pencipta Evangelion!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-50 adiwira tokusatsu Kamen Rider, sebuah filem baru telah diumumkan akan keluar pada bulan Mac 2023! Dinamakan Shin Kamen Rider, filem ini akan diarahkan dan ditulis oleh pencipta Neon Genesis Evangelion dan pengarah bersama Shin Godzilla, Hideaki Anno. Termasuk Shin Ultraman, ini akan menjadi filem ketiga yang melibatkan Hideaki Anno membuat “reboot” untuk watak tokusatsu klasik.

Seperti yang ditunjukkan dalam video di atas, ia menampilkan ilustrasi bergaya Kamen Rider yang memakai mantel gelap panjang, sehelai selendang merah, tali pinggang bercahaya, dan mata merah yang bersinar. Ia masih tidak jelas jika Kamen Rider ini adalah versi baru Kamen Rider 1 atau Kamen Rider yang sama sekali baru.

Anno juga berkata:

“Lima dekad yang lalu, hampir setiap budak sekolah terpikat oleh adiwira Kamen Rider. Saya tidak terkecuali. Saya melancarkan projek ini atas keinginan untuk memberikan serba sedikit bagi hadiah hebat yang saya terima dari rancangan TV pada lima dekad lalu, dalam bentuk filem lima dekad kemudian. “

Anno menyatakan bahawa projek itu dirancang pada enam tahun lalu. Walau bagaimanapun, jadual produksi menjadi huru-hara kerana wabak COVID-19, jadi tarikh tayangan terpaksa ditunda dua tahun kemudian dari tarikh yang dirancang. Pada masa yang sama. Toei mempersembahkan video peringatan untuk ulang tahun Kamen Rider ke-50 yang disunting oleh Anno sendiri. Jom kita lihat di bawah:

Shin Kamen Rider dijangka akan keluar pada bulan Mac 2023. Untuk mereka yang tak sabar, anda juga boleh bermain Kamen Rider: Memory of Heroez yang kini boleh didapati di Switch dan PS4. Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Sumber – Mantan Web
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemHideaki Annokamen riderShin Kamen RiderTokusatsu
Previous Post

Spring Sale di PlayStation Store menawarkan hingga 70% diskaun! Murah kaw-kaw!

Next Post

5 juta unit Monster Hunter Rise terjual dalam masa seminggu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
5 juta unit Monster Hunter Rise terjual dalam masa seminggu!

5 juta unit Monster Hunter Rise terjual dalam masa seminggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd