Pelakon terkenal Steve-O (Jackass) dan Coffee Stain Studios telah bekerjasama untuk mencipta filem Goat Simulator: The Musical Motion Picture. Berdasarkan game Goat Simulator yang berjaya memikat hati semua orang dari seluruh dunia, filem muzikal Goat Simulator akan meneruskan kisah protagonis yang bernama ‘Pilgor’ ketika ia meninggalkan ladang untuk mengejar kemasyhuran.
Berikut adalah sinopsis bagi Goat Simulator: The Musical Motion Picture:
Seekor kambing bernama Pilgor bekerja di ladang tetapi bermimpi untuk menjadi bintang filem muzikal terkenal. Walau bagaimanapun, sejak kecil, ia dilanda oleh ‘sumpahan’ yang menyebabkan peristiwa rawak dan tidak dapat dijelaskan berlaku di mana sahaja ia pergi. Dipulaukan oleh haiwan lain selepas menyebabkan terlalu banyak kemalangan di ladang, Pilgor akhirnya menuju ke bandar untuk mengejar kemasyhuran.
Adakah personaliti, bakat dan senyuman Pilgor cukup untuk meyakinkan Hollywood dan memberi dia peluang untuk menyertai barisan A-List dalam industri? Adakah Pilgor akan mengatasi ‘sumpahan’ itu? Atau adakah pengembaraan aneh bersama rakan-rakan baharu akan membantu Pilgor menemui ‘bintang sebenar’ di dalam dirinya?”

Steve-O dan Coffee Stain Publishing serta Coffee Stain North kini sedang mengadakan “open casting” untuk sesiapa yang berani menonjolkan diri dan berminat untuk menjadi pelakon. Saya tidak pasti jika orang luar negara boleh cuba, tetapi apa salahnya cuba.
Sesiapa yang berminat boleh menyerahkan persembahan skrip uji bakat mereka di TikTok dengan #GoatSimMovie dan @GoatSimulatorGame. Butiran lanjut tentang cara uji bakat boleh didapati di halaman TikTok rasmi Goat Simulator.

Memandangkan game pun sangat gila, saya pasti filem pun sama menghiburkan. Untuk segala liputan kami tentang filem termasuk senarai movie akan datang untuk 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post