Filem live action Mortal Kombat 2 secara rasmi disahkan dan akan dituliskan oleh orang Jeremy Slater, orang sama yang menulis skrip untuk Moon Knight.

Menurut info daripada Deadline, mereka melaporkan bahawa Jeremy Slater telah bersetuju untuk bekerja di filem Mortal Kombat 2 selepas menyelesaikan kerjanya di Moon Knight (sekurang-kurangnya untuk Musim 1). Memandangkan Slater bebas untuk beralih ke projek lain, dia adalah antara orang pertama yang secara rasmi menandatangani kontrak bagi produksi sekuel Mortal Kombat ini.
Selain itu, tidak banyak yang diketahui tentang siapa lagi yang akan menyertai filem sekuel Mortal Kombat. Plotnya pun masih tanda tanya tetapi sudah tentu, akan menjadi kesinambungan kepada filem pertama. Sekurang-kurangnya kita tahu beberapa pelakon daripada Mortal Kombat 1 akan kembali, cuma watak mana yang akan muncul masih belum diumumkan. Filem pertama berakhir dengan Liu Kang (Cole Young) yang berhasrat untuk merekrut ramai lagi pahlawan bagi menyertai misinya, termasuk bintang Hollywood Johnny Cage.

Jika berfikir secara teori, terdapat banyak jalan cerita untuk diambil dari mitologi Mortal Kombat tetapi kebanyakan kisah-kisah ini sebenarnya lebih kurang sama di mana sekumpulan manusia dan sekutu dewa harus berhadapan dengan segerombolan raksasa yang ingin menyerang planet Bumi. Persoalan terbesar sekarang adalah “watak mana yang akan muncul dalam filem Mortal Kombat 2, dan siapa yang akan melakonkan watak-watak tersebut?”.

Bagi mereka yang tidak tahu, Filem Mortal Kombat 1 dikeluarkan pada April 2021 di kedua-dua pawagam dan di HBO Max kerana wabak COVID-19 dan berjaya menduduki tempat teratas di box office pada bulan pertama ditayangkan. Mortal Kombat juga dilihat sebagai salah satu filem paling berjaya di platform HBO Max.
Sumber – Deadline
@gamersantaimy
Discussion about this post