Setelah lama menyepi sejak pengumumannya, akhirnya pendedahan lanjut mengenai adaptasi live action NARUTO telah dikeluarkan! Studio di sebalik projek filem ini, Lionsgate telah mendedahkan bahawa Destin Daniel Cretton, pengarah filem Marvel’s Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan mengarahkan filem live action NARUTO!

“Adalah satu penghormatan untuk bertemu Kishimoto-san di Tokyo dan mendengar visinya yang luas untuk ciptaannya,” kata Cretton. “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dan membawa NARUTO ke skrin besar.”
Nampaknya Masashi Kishimoto juga akan terlibat secara langsung untuk adaptasi filem ini nanti. Dia turut menyatakan bahawa Cretton akan jadi pengarah yang sempurna untuk NARUTO. Malah dia turut mendedahkan bahawa dia suka pada hasil filemnya terdahulu, membuatkannya teruja untuk menontonnya nanti.

“Apabila saya mendengar tentang penglibatan Destin, ia berlaku sejurus selepas menonton filem aksi blockbusternya, dan saya fikir dia akan menjadi pengarah yang sempurna untuk NARUTO. Selepas menikmati filem-filemnya yang lain dan memahami bahawa kehebatannya dalam mencipta drama yang mantap tentang orang, saya menjadi yakin bahawa tidak ada pengarah lain untuk NARUTO.
Semasa pertemuan sebenar dengan Destin, saya juga mendapati dia seorang pengarah yang berfikiran terbuka yang bersedia menerima input saya, dan berasa bahawa kami akan dapat bekerjasama dalam proses produksi. Ringkasnya, live action NARUTO pastinya sebuah filem dengan aksi yang menakjubkan dan drama yang mendalam. Saya teruja untuknya.”

Melihat reaksi Kishimoto-sensei mengenainya, nampaknya filem live action NARUTO berada dalam tangan yang baik. Buat masa ini barisan pelakon mahupun jalan cerita rasmi untuk filem tersebut masih belum didedahkan. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman lanjut pada masa akan datang!
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai siri Naruto daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post