Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem live-action Kaiji: Final Game akan mula tayangan di Malaysia pada 19 MAC 2020!

Berdasarkan siri francais terkenal Kaiji.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem live-action Kaiji: Final Game akan mula tayangan di Malaysia pada 19 MAC 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengedar filem Malaysia, GSC Movies, mengumumkan bahawa mereka akan memulakan tayangan Kaiji: Final Game di Malaysia pada 19 Mac 2020! Kaiji: Final Game adalah filem live-action terbaru yang diilhamkan oleh manga Kaiji karya Nobuyuki Fukumoto.

Filem ini dikeluarkan di Jepun pada 10 Januari dan mencapai #2 pada pembukaan hujung minggunya di Jepun, serta memperoleh jumlah kumulatif sebanyak 1,935,549,950 yen (kira-kira RM74.09 juta).

Trailer di atas menampilkan Tatsuya Fujiwara sebagai watak utama Kaiji berikutan penglibatannya dalam dua filem pertama, iaitu Kaiji (2009) dan Kaiji 2 (2011). Kaiji: Final Game akan menjadi bab terakhir daripada siri filem live-action ini dan mempunyai jalan cerita “original” yang tiada dalam manga. Filem ini juga membintangi Sōta Fukushi sebagai Kōsuke Takakura, Mackenyu sebagai Minato Hirose, Nagisa Sekimizu sebagai Kanako Kirino, dan Kōtarō Yoshida sebagai Yoshihiro Kurosaki.

Kaiji adalah siri manga Jepun popular yang diterbitkan oleh Kodansha dalam Weekly Young Magazine sejak tahun 1996. Siri ini telah menjual lebih dari 21 juta salinan dan telah melahirkan dua musim anime, Kaiji: Ultimate Survivor dan Kaiji: Against All Rules serta dua filem live-action, Kaiji dan Kaiji 2.

Nantikan Kaiji: Final Game di pawagam GSC pada 19 MAC 2020! 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGSCGSCINEMASKaijiKaiji: Final GameMalaysiamanga
Previous Post

Developer update Diablo IV mempamerkan perubahan UI dan raksasa yang lebih “dark dan menyeramkan”!

Next Post

Sekali lagi kami mencuba Dreams Universe! Perjalanan penuh Imaginasi memang banyak kejutan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sekali lagi kami mencuba Dreams Universe! Perjalanan penuh Imaginasi memang banyak kejutan!

Sekali lagi kami mencuba Dreams Universe! Perjalanan penuh Imaginasi memang banyak kejutan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd