Setelah mendedahkan teaser serta poster rasmi, filem Five Nights At Freddy’s kini mendapat trailer rasmi pula! Anda boleh menonton trailer rasmi dengan sari kata bahasa Melayu di bawah.
Trailer Five Nights At Freddy’s membawa kita melihat pengawal keselamatan baharu Freddy Fazwell’s Pizza. Kita melihat restoran pizza tersebut yang sudah terbiar selama berpuluh tahun sejak penutupannya pada 1980. Antara punca restoran pizza itu ditutup adalah beberapa kes kehilangan yang melibatkan kanak-kanak. Sudah tentu kita juga didedahkan dengan rupa maskot animatronik yang akan menjadi mimpi ngeri anda selepas ini.

Filem adaptasi daripada game seram ini dibintangi oleh Matthew Lillard, sebagai antagonis William Afton dan Josh Hutcherson pula sebagai Mike Schmidt. Mary Stuart Masterson, Kat Conner Sterling, Piper Rubio dan Elizabeth Lail turut sertai barisan pelakon untuk filem seram tersebut.
Tentang Five Nights At Freddy’s
Dibangunkan oleh Scott Cawthon seorang diri, game seram ini membawa anda ke Freddy Fazbear’s Pizza, tempat yang menjadi tempat kegemaran untuk keluarga mencari makanan dan hiburan! Anda sebagai seorang penjaga keselamatan bangunan restoran pizza itu perlu pada syif malam sambil memantau restoran itu melalui skrin CCTV dan menjimatkan penggunaan elektrik.

Five Nights At Freddy’s dijadualkan untuk tayangan 26 Oktober 2023. Apa pun kita tunggu pengumuman lanjut daripada pawagam tempatan.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post