Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan keluar di TGV Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan keluar di TGV Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat semua peminat anime di Malaysia kerana TGV Cinemas telah mengesahkan bahawa filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan ditayangkan di negara kita! Diumumkan melalui media sosial, TGV memuat naik poster rasmi filem Super Hero sambil berkata:

Rejoice #DragonBall FANS!!!!!

#DragonBallSuper: #SuperHero is coming to #TGVCinemas THIS YEAR! Stay tuned for release date updates. Wuhuuu! Minmin excited gila weh!

Malangnya, posting itu tidak mendedahkan apa-apa maklumat spesifik termasuk tarikh tayangan rasm. Pada masa yang sama, kita tidak tahu jika TGV akan mengeluarkan filem itu dalam bahasa Jepun atau bahasa Inggeris. Maklumlah, ada peminat suka suara Jepun, ada yang tidak suka. Macam mana pun, TGV akan memberitahu info rasmi dalam masa terdekat.

Dragon Ball Super: Super Hero asalnya dirancang untuk keluar di Jepun pada 22 April 2022, tetapi terpaksa ditangguhkan selepas Toei Animation diserang oleh hacker. Filem itu kini dijadualkan untuk keluar pada 11 Jun 2022. Tarikh tayangan antarabangsa tidak pernah ditetapkan tetapi ramai risau ia akan bertambah lagi lambat sehingga tahun depan. Nasib baik lah kita tidak perlu tunggu lama.

Berkenaan jalan cerita, Dragon Ball Super: Super Hero berlangsung selepas peristiwa “Broly” dan kini Bumi diancam sekali lagi oleh Red Ribbon Army, yang mencipta dua pahlawan android baru untuk mengalahkan Goku dan rakan-rakannya. Walaupun Goku akan muncul dalam filem ini, jalan cerita kebanyakan akan tertumpu pada anak lelakinya, Gohan, dan guru/mentor, Piccolo.

Selain itu, Super Hero juga akan menampilkan Goten, Trunks (kemungkinan Gotenks) dan Pan, yang kesemuanya semakin besar dan diberi reka bentuk baru untuk menggambarkan perkembangan masing-masing.

Agak-agaknya, bila Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di TGV Malaysia? Sebaik sahaja tarikh rasmi diumumkan, saya pasti akan terus booking!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon BallDragon Ball Super: Super HeroMalaysiaTGV
Previous Post

Attack on Titan: Cara kematian paling sedih dan kejam dalam siri!

Next Post

Cadbury Zip kolaborasi bersama Mobile Legends – Banyak hadiah menanti seperti Skin, Diamond & Controller!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Cadbury Zip kolaborasi bersama Mobile Legends – Banyak hadiah menanti seperti Skin, Diamond & Controller!

Cadbury Zip kolaborasi bersama Mobile Legends - Banyak hadiah menanti seperti Skin, Diamond & Controller!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd