Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden “godam” Toei Animation

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden “godam” Toei Animation
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh tayangan Dragon Ball Super: Super Hero telah ditunda ke tarikh masa yang tidak dinyatakan akibat daripada serangan siber yang dijalankan ke atas Toei Animation.

映画『ドラゴンボール超 スーパーヒーロー』公開延期についてhttps://t.co/qwrvk3LyjS

— TVアニメ「ドラゴンボールDAIMA」公式 | 毎週金曜日23:40より放送中! (@DB_super2015) March 18, 2022

Laman web rasmi untuk filem terbaru Dragon Ball mengesahkan bahawa tayangan perdana filem telah ditangguhkan selepas Toei Animation digodam pada 6 Mac. Filem ini asalnya dijadualkan untuk buka di Jepun pada 22 April, manakala tayangan antarabangsa akan berlangsung pada tahun yang sama. Toei Animation memohon maaf kepada peminat atas kelewatan, tetapi tidak dapat memberi tarikh tayangan baru.

Ramai peminat Dragon Ball pasti sedang bersedih, tetapi pengarah animasi Chikashi Kubota berkata di Twitter bahawa kakitangan studio akan menggunakan masa tambahan ini untuk menghebatkan lagi animasi dan butiran-butiran lain bagi Dragon Ball Super: Super Hero.

残念ですが公開が延期になってしまいました。でもきっと、延期になった分さらにクオリティアップしちゃうので、楽しみに待っててください!! https://t.co/o5GlXAYryl

— 久保田誓 (@kubo_chika) March 18, 2022

Menurut Toei, seorang/sekumpulan penggodam telah mengakses rangkaian data peribadi studio tersebut pada awal bulan ini, yang menyebabkan seluruh rangkaian Toei ditutup. Ini mengakibatkan kerosakan dan pemadaman fail yang berkait rapat dengan pengeluaran beberapa projek popular termasuk Dragon Quest: The Adventure of Dai, Digimon: Ghost Game dan One Piece.

Buat masa ini, semua episod baru bagi anime yang disebutkan tadi akan ditangguhkan ke tarikh yang tidak dinyatakan.

Dragon Ball Super: Super Hero adalah filem ke-21 dalam francais dan filem kedua di bawah era Dragon Ball Super dan akan menjadi filem pertama dalam francais yang dianimasikan sepenuhnya menggunakan CG. Super Hero juga menampilkan kepulangan salah satu musuh paling ikonik dalam Dragon Ball iaitu Red Ribbon Army dan pengenalan dua pahlawan android, Gamma 1 dan Gamma 2, sebagai antagonis.

Bagi jalan cerita, filem kali ini memfokuskan pada hubungan antara Gohan dan Piccolo, yang bakal menunjukkan “bentuk” yang lebih hebat.

Buat masa sekarang, Dragon Ball Super: Super Hero telah ditunda dari April 2022 ke “musim panas 2022” tetapi tidak jelas sama ada produksi akan berjalan lancar. Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball Super, sila tekan pautan ini.

Sumber: Laman web rasmi Dragon Ball Super: Super Hero

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDragon Ball SuperDragon Ball Super: Super Herofilem
Previous Post

Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!

Next Post

Fullmetal Alchemist Mobile dedahkan gameplay dalam trailer terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Fullmetal Alchemist Mobile dedahkan gameplay dalam trailer terbaru!

Fullmetal Alchemist Mobile dedahkan gameplay dalam trailer terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd