Detective Conan telah pun menayangkan filem ke-26 iaitu yang bertajuk “Detective Conan: Black Iron Submarine.” Kalau anda ingin tahu, ada sebuah filem khas Detective Conan yang telah ditayangkan sebelum filem terbaru itu tersedia. Filem tersebut ialah “Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train”, ianya merupakan filem kompilasi yang berfokuskan Ai Haibara sepanjang siri! Berita baiknya filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia pada minggu ini! Jom kami ceritakan secara lanjut mengenainya.
GSC telah mengumumkan tayangan untuk Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train melalui media sosial mereka. Filem itu akan ditayangkan pada 11 Mei 2023 di pawagam GSC terpilih.
Seperti yang kami sebutkan di atas, filem ini merupakan kompilasi episod daripada siri yang berpusat pada Haibara dengan naratif baharu daripada Conan. Kesemua dialog daripada episod juga telah direkodkan semula! Berikut adalah episod-episod terpilih dalam filem tersebut:
- The Girl from the Black Organization and the University Professor Murder Case (Episodb129)
- The Indiscriminate Stadium Threatening Case (Episod 130-131)
- The Old Blue Castle Investigation Case (Episod 136-137)
- Reunion with the Black Organization (Episod 176-178)
- The Mysterious Passenger (Episod 230-231)
- The Shadow Approaching Haibara’s Secret (Episod 699-700)
- The Jet-Black Mystery Train (Episod 701-704)

Jadi kepada anda yang ingin menontonnya, bolehlah beli tiket tayangannya apabila GSC bukanya nanti. Selalunya jualan tiket akan bermula sehari sebelum tayangan. Ikuti laman media sosial GSC untuk mendapatkan kemas kini baru.
Buat masa ini, masih tiada berita mengenai tayangan filem ke-26 Detective Conan. Memandangkan filem anime tersebut selalu ditayangkan di Malaysia, ada kemungkinan besar tayangan untuk filem tersebut diumumkan pada masa akan datang. Harap-harap jaraknya tidaklah jauh sangat dengan filem Detective Conan The Story of Ai Haibara: Black Iron Mystery Train kerana ia berkait dengan Black Organization dalam filem tersebut.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post