Warner Bros. Pictures baru sahaja mengumumkan yang mereka menangguhkan dua filem iaitu Aquaman and the Lost Kingdom dan Shazam Fury of the Gods ke tahun hadapan. Untuk Shazam Fury of the Gods ia ditangguhkan ke 17 Mac 2023 manakala Aquaman & the Lost Kingdom akan mula tayangan pada 25 Disember 2023.
Shazam! Fury of the Gods

Tarikh tayangannya sebelum ini jatuh pada 15 Disember 2022 dan kini beranjak kepada tahun hadapan. Ia merupakan sekuel kepada filem pertamanya iaitu Shazam! pada tahun 2019. Ia menceritakan tentang seorang budak lelaki yang bernama Billy yang berumur 14 tahun telah mendapat kuasa yang membolehkan dia bertukar menjadi seorang lelaki berbadan sado atau lebih dikenali sebagai Super Hero Shazam.

Filem ini sudah pasti sedikit sebanyak mengekalkan pelakon yang asal daripada filem pertamanya. Berikut adalah senarai pelakon untuk Shazam! Fury of the Gods:
- Asher Angel sebagai Billy Batson
- Zachary Levi sebagai Shazam
- Jack Dylan Grazer sebagai Freddy Freeman
- Adam Brody sebagai Superhero Freddy
- Faithe Herman sebagai Darla Dudley
- Meagan Baik sebagai Superhero Darla
- Ian Chen sebagai Eugene Choi
- Ross Butler sebagai Superhero Eugene
- Jovan Armand sebagai Pedro Peña
- D.J. Cotrona sebagai Superhero Pedro
- Grace Caroline Currey sebagai Mary Bromfield
- Marta Milans sebagai Rosa Vasquez
- Cooper Andrews sebagai Victor Vasquez
- Djimon Hounsou sebagai Shazam
- Rachel Zegler sebagai Anthea
- Lucy Liu sebagai Kalypso
- Helen Mirren sebagai Hespera
Aquaman and the Lost Kingdom

Tayangan Aquaman and the Lost Kingdom pula sememangnya pada tahun hadapan cuma tarikhnya dianjak sehingga hujung tahun. Pada awalnya, ia akan ditayangkan pada bulan Mac 2023 dan kini akan ditayangkan pada 25 Disember 2023.
Seper hero Aquaman telah membuat penampilan debutnya di filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada tahun 2016 dan 2 tahun selepas itu dia telah mendapat tayangan pada filem solonya. Buat masa sekarang tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai filem ini. Tetapi apa yang pasti adalah Jason Momoa akan kembali sebagai Aquaman. Pengarah filem adalah James Wan dan penulisnya adalah David Leslie Johsnson-McGoldrick.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan penangguhan filem ini adalah untuk membuang semua adegan lakonan Amber Heard. Namun, Warner Bros. Pictures langsung tidak mendedahkan alasan utama yang menyebabkan penangguhan ini.

Walau bagaimanapun, filem Black Adam tidak akan ditangguhkan dan akan ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022. Jadi, korang boleh layan Black Adam terlebih dahulu dan diikuti oleh Shazam Fury of the Gods dan Aquaman and the Lost Kingdom yang ditangguhkan pada tahun hadapan. Harapnya semua baik-baik sahaja dan berjalan dengan lancar.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, siri TV, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post