Setelah lama menanti, akhirnya filem anime terbaru daripada Makoto Shinkai, Suzume akan ditayangkan di Malaysia. Diumumkan melalui Twitter GSC Cinemas, filem anime Suzume akan ditayangkan pada 9 Mac ini di Malaysia. Berita mengenai fan screening masih tiada lagi, tetapi kita boleh menantikan pengumuman lanjut jika ada!
[UPDATE]
Fan screening untuk filem Suzume juga telah diumumkan oleh GSC Cinemas. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut.
[Petikan asal artikel]
Berkenaan filem tersebut, Shinkai akan mengarah filem dan menulis skrip. Dia juga dikreditkan untuk cerita asal. Masayoshi Tanaka akan mereka watak. Kenichi Tsuchiya pula mengarah animasi, manakala Takumi Tanji ialah pengarah seni. CoMix Wave Films dan Story Inc. akan menerbitkan filem itu. TOHO pula akan mengedarkan filem itu.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Suzume no Tojimari:
Di seberang pintu, adalah masa sepenuhnya—
Perjalanan Suzume yang berusia 17 tahun, bermula di sebuah bandar yang tenang di Kyushu, apabila dia bertemu dengan seorang lelaki muda yang memberitahunya, “Saya sedang mencari pintu.” Apa yang Suzume temui ialah satu pintu lama yang berada di tengah-tengah runtuhan, seolah-olah ia terlindung daripada sebarang malapetaka yang melanda. Terpukau dengan kuasanya, Suzume mencapai tombol pintu tersebut…Pintu-pintu mula terbuka satu demi satu di seluruh Jepun, melepaskan kemusnahan kepada sesiapa yang berada di dekatnya. Suzume mesti menutup portal ini untuk mengelakkan bencana selanjutnya.
Bintang
Matahari terbenam
Langit pagi
Dalam alam itu, seolah-olah semua masa telah lebur bersama di langit—Ditarik oleh pintu misteri ini, perjalanan Suzume bermula.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post