Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime Slam Dunk keluarkan teaser, rupanya 3DCG bukan 2D

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem anime Slam Dunk keluarkan teaser, rupanya 3DCG bukan 2D
Share on FacebookShare on Twitter

Toei Animation, studio di sebalik Dragon Ball, One Piece, dan Slam Dunk, telah mengeluarkan teaser untuk filem terbaru Slam Dunk yang diberi tajuk rasmi “The First Slam Dunk”. Tetapi mungkin ada yang terkejut kerana filem terbaru Slam Dunk akan menggunakan animasi 3DCG, bukannya 2D! Korang boleh tonton teaser ini melalui video di bawah:

Toei Animation akan mengeluarkan “The First Slam Dunk” di Jepun pada 3 Disember 2022; walau bagaimanapun, studio itu masih belum memberi tarikh keluaran rasmi untuk tayangan antarabangsa. Itu tidak mengapa kerana tayangan antarabangsa selalunya akan berlangsung beberapa bulan selepas tayangan Jepun.

Selain daripada menampilkan pandangan pertama untuk watak utama Hanamichi Sakuragi, Kaede Rukawa, Takenori Akagi, Ryota Miyagi dan Hisashi Mitsui – teaser itu juga mengesahkan bahawa Toei akan menggunakan animasi 3DCG untuk filem Slam Dunk tersebut.

Namun, komuniti anime biasanya lebih suka animasi 2D berbanding CGI, jadi ada beberapa peminat yang tidak begitu suka dengan pilihan Toei menggunakan animasi CG dalam filem Slam Dunk. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Takehiko Inoue (pencipta asal) memegang peranan sebagai pengarah, jadi CGI mungkin pilihan terbaik mengikut gayanya.

Pada masa yang sama, Toei juga terbukti amat hebat dalam animasi CGI yang dibuktikan dalam projek sebelumnya, Dragon Ball Super: Super Hero – jadi peminat Slam Dunk tidak perlu risau tentang kualiti filem ini.

Bagi siapa yang akan menguruskan projek filem ini, berikut adalah ringkasan:

Pencipta siri, Takehiko Inoue, akan menulis dan mengarahkan filem itu untuk Toei Animation. Dia akan ditemani oleh Yasuyuki Ebara sebagai pereka watak dan pengarah animasi, Daiki Nakazawa sebagai pengarah CG, Yuta Ogura sebagai penerbit CG, Kazuo Ogura sebagai pengarah seni, Yota Tsuruoka dan Koji Kasamatsu sebagai pengarah bunyi, dan Katsuhiko Kitada, Naoki Miyahara, Toshio Ohashi dan Yu Kamatani sebagai pengarah teknikal.

Untuk sesiapa yang tidak tahu tentang Slam Dunk, boleh baca sinopsis ini:

Inoue menerbitkan manga sukan ikoniknya di Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari tahun 1990 hingga 1996 dengan jumlah 31 jilid. Manga ini telah mengilhamkan sebuah anime pada tahun 1993, dan ia mendapat empat sekuel dalam bentuk filem anime.

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan populariti, lalu menjadi ketua kepada sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati Haruko tidak takut kepada Sakuragi.

Haruko kemudian memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya, Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan bola keranjang. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang “loser” ( kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang).

Walaupun tidak matang dan amat panas baran, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atilt berpotensi dalam sukan berkenaan (kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede – musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP bola keranjang, dan Miyagi Ryota, pemain pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama dengan kapten pasukan Shohoku, Akagi Takenori, berusaha untuk menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Apa pendapat korang tentang filem Slam Dunk? Teruja tak untuk melihat pasukan Shohoku semula? Kongsikan pendapat korang di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Slam Dunk, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemSlam Dunk
Previous Post

The Klonoa Phantasy Reverie Series kini boleh didapatkan di PS, Xbox, Switch dan Steam

Next Post

Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game

Skull & Bones akan keluar pada 8 November 2022, preview awal tentang sistem game

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd