Catwoman adalah salah satu watak wanita paling ikonik yang pernah dibuat oleh DC Comics, dan telah muncul di pelbagai media dari komik hingga ke filem. Kini, Warner Bros. Animation akan membawa watak tersebut ke dunia anime dengan mengumumkan filem animasi Catwoman: Hunted.
Menurut laporan oleh The Hollywood Reporter, Catwoman: Hunted adalah filem seterusnya oleh Warner Bros. Animation dan sedang dihasilkan bersama DC dan Warner Bros. Home Entertainment. Walaupun tidak banyak yang didedahkan tentang filem ini, ia akan membintangi Catwoman dan Batwoman sebagai watak utama. Berikut adalah senarai watak dan pelakon suara mereka:

- Elizabeth Gillies – Catwoman
- Stephanie Beatriz – Batwoman
- Jonathan Banks – Black Mask
- Steve Blum – Solomon Grundy
- Lauren Cohan – Julia Pennyworth
- Keith David – Tobias Whale
- Zehra Fazal – Talia al Ghul & Nosferata
- Jonathan Frakes – King Faraday & Boss Moxie
- Kirby Howell-Baptiste – Barbara Minerva/Cheetah
- Kelly Hu – Cheshire
- Andrew Kishino – Mr. Yakuza & Domino 6
- Eric Lopez – Domino 1
- Jacqueline Obradors – La Dama
- Ron Yuan – Doctor Tzin
Mengapa filem ini lebih bersifat anime? Catwoman: Hunted akan diarahkan oleh Shinsuke Terasawa yang mempunyai sejarah yang panjang dengan industri anime kerana hasil karyanya yang bagus. Termasuk Akira, Gintama, dan Mobile Suit Gundam, Terasawa telah menghasilkan banyak siri dan filem anime. Oleh itu, jika ada yang ingin menonton IP barat tetapi dengan ciri-ciri anime, Catwoman: Hunted merupakan contoh yang baik.
Buat masa ini, tarikh pelepasan rasmi untuk Catwoman: Hunted tidak diumumkan, tetapi banyak lagi info penting akan datang dalam masa terdekat. Bagi naratif, Selina Kyle (Catwoman) mendapati dirinya menjadi mangsa kepada sejenis ancaman misteri. Dia kini harus melarikan diri apabila beberapa penjahat besar, pihak berkuasa dan juga Batwoman berusahan untuk menangkapnya!

Catwoman (Selina Kyle) adalah watak yang dihasilkan oleh DC Comics, dan biasanya berkait dengan Batman. Dia adalah salah satu musuh paling ikonik kepada Batman tetapi kini digambarkan sebagai anti-heroin dan juga menjadi antara kekasih Batman yang paling terkenal.
Untuk segala liputan kami tentang anime, anda boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post