Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘Bocchi the Rock! Recap Part 1’ Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2024 - Updated on July 11, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘Bocchi the Rock! Recap Part 1’ Akan Datang Ke Pawagam Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, halaman Facebook rasmi ODEX Malaysia & Brunei mengumumkan bahawa filem kompilasi Bocchi the Rock! Recap Part 1 rasmi akan ditayangkan di pawagam Malaysia, secara eksklusif menerusi GSC. Malangnya, mereka tidak mendedahkan tarikh tayangan bagi filem tersebut.

UPDATE: GSC mengesahkan bahawa Bocchi the Rock! Recap Part 1 akan ditayangkan di Malaysia pada 8 Ogos 2024.

Berikut adalah pengumumannya:

Kredit: ODEX Malaysia & Brunei

Bersedia untuk melihat Hitori Gotoh yang sangat pemalu, “Bocchi-chan”? Akan datang kepada anda tidak lama lagi di pawagam!

Diumumkan pada Mei 2023, ini merupakan filem kompilasi yang dibahagikan kepada dua bahagian. Filem pertama, bertajuk Bocchi the Rock! Re:, telah ditayangkan di Jepun pada 7 Jun lalu, manakala filem kedua, bertajuk Bocchi the Rock! Re:Re:, akan dibuka pada 9 Ogos. Supaya semua tidak salah faham, itulah tajuk rasminya di Jepun.

CloverWorks bertanggungjawab untuk bahagian animasi manakala Keiichiro Saito menjadi pengarah. Dia dibantu oleh Erika Yoshida yang menyelia dan menulis skrip bagi siri anime, serta Kerorira yang menghasilkan reka bentuk watak.

Barisan pelakon pula terdiri daripada:

  • Yoshino Aoyama sebagai Hitori “Bocchi-chan” Gotō
  • Sayumi Suzushiro sebagai Nijika Ijichi
  • Saku Mizuno sebagai Ryо̄ Yamada
  • Ikumi Hasegawa sebagai Ikuyo Kita

Tentang Siri Ini

Kredit: © はまじあき/芳文社・アニプレックス

Bocchi the Rock! ialah siri manga empat panel yang ditulis dan diilustrasikan oleh Aki Hamaji. Ia disiarkan dalam Manga Time Kirara Max terbitan Houbunsha sejak Disember 2017 – dan selepas meraih populariti yang tinggi, adaptasi siri anime kemudian diadaptasikan pada Oktober 2022.

Sinopsis:

Hitori Goto yang sangat cemas dan janggal dari segi sosial mengidam untuk menjadi seorang pemuzik rock di sebalik kelemahannya, sambil ingin memenuhi keinginannya untuk mencari kawan suatu hari nanti. Dia tiba-tiba diberi peluang untuk mencapai semua ini selepas dia direkrut oleh gadis lain, Nijika Ijichi, untuk menjadi ahli kumpulan kugiran Kessoku Band yang baru ditubuhkan.

Kredit: © はまじあき/芳文社・アニプレックス

Kedua-dua manga dan anime menerima pujian positif di seluruh dunia untuk animasi, penulisan, lakonan suara, komedi, watak, muzik dan penggambaran kebimbangan sosial. Merupakan antara anime paling hangat pada 2022, maka jangan terlepaslah filem anime akan datang ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bocchi the RockMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!

Next Post

Ash Echoes Buka Pre-Register – SRPG Real-Time Dengan Watak Interaktif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ash Echoes Buka Pre-Register – SRPG Real-Time Dengan Watak Interaktif!

Ash Echoes Buka Pre-Register - SRPG Real-Time Dengan Watak Interaktif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd