Black Clover secara rasmi akan menamatkan siri anime-nya pada episod 170 yang bakal ditayangkan pada hujung bulan Mac ini. Ini adalah kejutan yang besar bagi peminat kerana anime masih belum mengejar kisah terkini di versi manga. Walaupun begitu, nampaknya siri animasinya masih akan berterusan, dalam bentuk filem anime Black Clover yang pertama untuk francais!
Sebagai ulang tahun ke-6 siri manga dan untuk memperingati pengakhiran anime akan datang, Black Clover akan meneruskan francais anime dengan filem baru. Bersama pengumuman besar ini, siri ini juga mendedahkan poster pertama untuk filem baru yang menampilkan Asta. Di bawah adalah poster tersebut dari akaun Twitter rasmi mereka:
Promo itu dimuat naik secara dalam talian sejurus selepas berita tentang projek filem Black Clover diumumkan. Edisi terbaru Weekly Shonen Jump juga mengesahkan pembikinan untuk filem ini sedang berjalan dengan lancar dengan bantuan studio Pierrot. Malangnya, pendedahan ini tidak disertakan dengan info baru, tetapi mereka memberitahu bahawa lebih banyak maklumat untuk filem akan diberitahu dalam masa terdekat! Disebabkan anime kini sudah berakhir, filem ini berpotensi pergi ke dua haluan yang berbeza.
https://twitter.com/WSJ_manga/status/1376188372457230336
Sekiranya versi manga juga hampir berakhir, mereka pun akan mengadaptasikan babak seterusnya dalam story arc Spade Kingdom kepada sebuah filem. Harus diingatkan bahawa story arc ini masih belum tamat, dan ada banyak perkara yang pihak produksi harus lakukan untuk anime. Pada masa yang sama, ada kemungkinan mereka akan membuat cerita asli. Jika benar, adakah jalan ceritanya canon dan bagaimana pula dengan misi menyelamatkan Yami?
Apa pendapat anda? Apa agaknya jalan cerita untuk filem akan datang Black Clover? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post