Netflix memperkenalkan sebuah filem animasi muzikal baharu yang bertajuk LEO. Bersama-sama pengumuman tersebut, Netflix turut mengeluarkan trailer rasmi untuk filem tersebut! Anda boleh tontonnya di bawah.
Adam Sandler, pelakon dan pelawak menyampaikan gelak ketawa dalam animasi komedi muzikal akan datang melalui mata haiwan peliharaan dalam sebuah kelas. Sebagai Leo (Adam Sandler), Iguana yang berusia 74 tahun, terperangkap dalam bilik darjah di Florida selama beberapa dekad bersama rakan kura-kuranya (Bill Burr).
Apabila Leo mendapati bahawa dia hanya tinggal setahun sahaja untuk hidup, dia rancang untuk melarikan diri untuk mengalami kehidupan di luar kotak tetapi sebaliknya terperangkap dalam masalah-masalah oleh pelajar kelas itu, termasuklah seorang guru ganti. Hajatnya itu mungkin tercapai tetapi bukan dengan cara yang tidak disangka.

Diarahkan oleh Robert Marianetti, Robert Smigel dan David Wachtenheim, kita akan mendapat sebuah filem yang menyeronokkan. Berikut adalah barisan pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini:
- Cecily Strong
- Jason Alexander
- Sadie Sandler
- Sunny Sandler
- Rob Schneider
- Jo Koy
- Jackie Sandler
- Heidi Gardner
- Robert Smigel
- Nick Swardson
- Stephanie Hsu
- Nicholas Turturro

Premis filem ini agak menarik juga, lebih-lebih lagi selepas pelajar-pelajar dalam kelas itu mengetahui bahawa Leo boleh bercakap. Leo juga seperti kaunselor kepada pelajar-pelajar tersebut. Tidak sabar untuk tonton filem ini apabila ia keluar nanti.
Filem Leo akan tersedia pada 21 November ini di Netflix! Kalau anda ingin menontonnya, jangan lupa untuk klik butang “remind me” di platform tersebut.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai filem daripada kami, klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post