Hari ini, Golden Screen Cinemas (GSC) telah mendedahkan tarikh pelepasan Mortal Kombat, yang diuruskan oleh pengarah Simon McQuoid dan penerbit Todd Garner dan James Wan. Filem ini sebenarnya diumumkan beberapa tahun lalu, dan sepatutnya akan dilancarkan pada bulan depan, tetapi kini secara rasmi akan keluar pada 16 April 2021. Selain pengumuman tarikh tayangan, penerbit filem, Todd Garner, juga mendedahkan bahawa sebuah trailer baru akan dikeluarkan pada tahun baru.
#MortalKombat gets new release date – April 2021! Coming soon to GSC.
Posted by GSC on Monday, December 14, 2020
https://twitter.com/Todd_Garner/status/1338620851483156483
Berdasarkan siri permainan video terkenal Mortal Kombat, filem baru ini ialah sebuah reboot dan akan menjadi filem Mortal Kombat aksi langsung ketiga, sejak Mortal Kombat: Annihilation pada tahun 1997. Selain itu, ini adalah penampilan sulung Simon McQuoid sebagai pengarah. Pada masa yang sama, James Wan dan Todd Garner berperanan sebagai producer. Bagi mereka yang tidak tahu, James Wan yang berasal daripada Malaysia dikenali untuk filem seperti Saw, Insidious dan The Conjuring. Dia juga pernah berkhidmat sebagai pengarah Furious 7 dan Aquaman.
Bagi barisan pelakon, ini ialah senarai:
- Joe Taslim – Sub-Zero
- Hiroyuki Sanada – Scorpion
- Lewis Tan – Protagonis (nama tidak didedahkan)
- Mehcad Brooks – Jax
- Tadanobu Asano – Raiden
- Sisi Stringer – Mileena
- Ludi Lin – Liu Kang
- Josh Lawson – Kano
- Jessica McNamee – Sony Blade
- Max Huang – Kung Lao
- Chin Han – Tsang Tsung
- Elidda Cadwell – Nitara
Filem Mortal Kombat akan keluar di pawagam pada 16 April 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post