Selepas pemergian tragis Kentaro Miura pada tahun lepas, Berserk akhirnya kembali pada tahun ini yang disambung oleh rakan-rakanya, Kouji Mori dan Studio Gaga. Sempena itu, pembuat figura Jepun, Prime 1 Studio, mengumumkan mereka akan mengeluarkan figura Guts berdasarkan penampilan Berserker Armor. Namun, ini bukan figura biasa kerana mempunyai saiz setinggi 121cm dan dijual pada nilai lebih RM7000.
Bernama “Guts Berserker Armor Unleashed Edition”, kita boleh melihat Guts berpakaian Berserker Armor sambil berdiri di atas timbunan mayat raksasa. Dengan skala 1/3—termasuk stand yang dilengkapi dengan LED, figura ini berdiri pada ketinggian 121cm/hampir 4 kaki dan mempunyai berat 28kg.
Bagi harga, figura ini mempunyai dua versi. Versi basic/asas dijual pada harga 107,790 yen (kira-kira RM3,559.06) manakala “DX Edition ”- yang termasuk dua kepala tambahan yang boleh tukar bersama dua lengan tambahan boleh tukar (untuk menukar cara Guts memegang Dragon Slayer)—akan menelan kos sebanyak 228,690 yen (RM7,551.00).



Dengan saiznya yang besar dan butiran yang sangat terperinci pada setiap aspek, figura ini nampak berbaloi dengan nilai harganya yang mahal. Figura Guts Berserker Armor Unleashed Edition akan mula diedarkan pada suku keempat 2023, jadi buat pengumpul mainan tegar atau die-hard fan Berserk boleh kumpul dulu modal jika berminat untuk beli.
Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang Berserk, berikut adalah rumusan pendek:
“Guts, seorang pahlawan kuat yang memegang pedang besar, ketika dia mengembara di dunia abad pertengahan gelap yang dipenuhi dengan iblis, bangsawan yang berkorupsi dan jahat, serta kejahatan lain.
Setiap malam, dia diserang oleh iblis, kerana mereka tertarik dengan sumpahan yang dikenakan ke atasnya setelah sebuah peristiwa traumatik. Guts mengabdikan seluruh hidupnya untuk membunuh seorang bekas rakan yang kini menjadi iblis, dan juga merupakan individu yang mengambil segala-galanya darinya.”
Untuk baca segala liputan kami tentang Berserk, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post