Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?

safwan by safwan
June 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, iOS, Mobile, Panduan, Pendapat, Sukan/lumba, Tinjauan & analisis
0 0
0
FIFA Football atau eFootball? Game bola sepak mana yang lagi menarik?
Share on FacebookShare on Twitter

Game bola sepak adalah salah satu kategori yang sangat diminati ramai oleh peminat sukan dan terdapat pelbagai penerbit yang menawarkan game bola sepak di mobile termasuk FIFA dari EA Sports dan eFootball dari Konami. Jom kita lihat apa App Magic kata mengenai FIFA Football dan eFootball.

Sumber: App Magic

Menurut App Magic, FIFA Football dan eFootball sebenarnya memberikan saingan yang hebat. eFootball 2023 telah mengutip sehingga $4,688,206 (anggaran RM 21,743,899.43) dan menduduki tempat ke-7 dalam carta “Top Grossing”. Manakala FIFA Football pula menduduki tempat yang ke-14 dengan membawa kutipan hanya $2,759,211 (anggaran RM 12,797,220.62).

Nampaknya eFootball 2023 telah berjaya mengalahkan FIFA Football dari segi keuntungan. Tetapi apabila berpindah ke dalam carta “Top Free”, FIFA Football telah menduduki tempat ke-90 dengan jumlah download 806,835. Manakala eFootball 2023 pula mendapat tempat yang ke-321 dengan jumlah download hanya 301,680 sahaja.

Semua maklumat yang saya berikan di atas adalah berdasarkan tahun 2023, dari 1 Januari sehingga 19 Jun 2023 di Malaysia sahaja. Jom kita lihat apa pula yang App Magic keluarkan apabila dibandingkan sejak kedua-dua game ini dikeluarkan di Malaysia.

Sumber: App Magic

FIFA Football dikeluarkan sejak tahun 2016 dan telah mengumpul jumlah download sebanyak 7,953,033. Oleh itu, game ini berjaya duduk di tempat yang ke-140 dalam carta “Top Free”. Tetapi apabila berada di dalam carta “Top Grossing”, FIFA Football telah mengutip sehingga $7,967,209 (anggaran RM 36,951,915.34) dan menduduki tempat ke-71.

Apabila eFootball masuk ke pasaran mobile pada tahun 2017, mereka hanya mengumpul sebanyak 5,282,900 download sahaja dan menduduki tempat ke-201 dalam carta “Top Free”. Tetapi apabila berpindah ke carta “Top Grossing”, eFootball telah mengutip lebih banyak keuntungan dengan jumlah $34,696,033 (anggaran RM 160,920,201.05) dan menduduki tempat ke-16.

Sumber: Konami

Daripada analisis yang diberikan oleh App Magic, kita boleh lihat yang pemain telah memilih untuk setia dan melaburkan duit mereka di eFootball berbanding FIFA Football. Saya tidak menafikan yang gameplay eFootball itu lebih baik dan setiap tahun Konami akan memberikan kemas kini terhadap game ini untuk memberikan pemain pengalaman yang lebih bagus. Walaupun game ini tidak ada dalam carta 100 “Top Free”, game ini masih memberikan pulangan yang agak banyak dari tahun ke tahun.

Tetapi mungkin disebabkan lesen FIFA yang diperolehi oleh EA Sports, peminat bola sepak sudah pasti akan memilih FIFA Football untuk melihat pemain dan juga pasukan kegemaran mereka di dalam game.

Sumber: EA Sports

Kalau korang diberikan pilihan, yang mana satu korang akan setia? Adakah FIFA Football atau eFootball? Komen pendapat korang di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: App MagicEfootballFIFA FootballMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!

Next Post

[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!

[Khabar Angin] Anime Genshin Impact Bakal Atasi Animasi Demon Slayer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd