Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 23: Career mode tambah ciri ‘Player Personality’, ‘Transfer Analysis’ & banyak lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
FIFA 23: Career mode tambah ciri ‘Player Personality’, ‘Transfer Analysis’ & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, FIFA 23 telah mengesahkan bahawa game kali ini akan mendapat sokongan penuh untuk crossplay tetapi selain daripada itu, tidak banyak info yang diumumkan. Kini, EA Sports telah mengeluarkan trailer FIFA 23 baharu yang menjelaskan tentang semua ciri-ciri dan kemas kini baru yang ditambah dalam Career Mode.

Pertama adalah Player Career Personality yang merupakan salah satu ciri utama dalam Career Mode akan datang. Ia adalah sistem yang memfokuskan pada hubungan peribadi bagi watak pemain dan membolehkan kita menentukan perwatakan mereka di atas dan di luar padang.

Terdapat tiga jenis personaliti yang berbeza

  • Mavericks digambarkan sebagai oportunis (orang yg suka mengambil peluang daripada sesuatu keadaan
  • Virtuosos adalah mahir dan bijak
  • Heartbeat bermaksud pemain yang berfungsi sebagai “jantung” pasukan dan memimpin mereka

Career Mode FIFA 23 juga mempunyai ciri baharu untuk pemain yang ingin maju dalam kerjaya tetapi tidak dapat bermain perlawanan penuh sepanjang 90 minit. Ciri itu dinamakan “Playable Highlights” dan membenarkan kita memainkan situasi/bahagian yang secara langsung mempengaruhi keputusan akhir.

Satu lagi adalah Transfer Analyst yang menganalisis tindakan kita semasa fasa “transfer window” dan menilai aktiviti pemindahan kita. Ciri seterusnya adalah Authentic Managers di mana kita boleh mengalami kehidupan pengurus dunia sebenar. Akhir sekali adalah sistem AI CPU baharu yang menganalisis parameter perlawanan secara real time dengan cara yang lebih bijak berbanding entri sebelum.

Dalam artikel sebelum, saya melaporkan bahawa FIFA 23 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion2 yang ditingkatkan dengan beberapa penambahbaikan. Pada masa yang sama, EA juga mengumumkan bahawa FIFA 23 tidak akan menampilkan pasukan Rusia kerana isu perang Ukraine-Rusia yang sedang berlangsung.

Sekali lagi saya ingatkan, FIFA 23 akan dikeluarkan pada 30 September untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang game, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakCareer ModeFIFA 23
Previous Post

Siri original Star Wars: Andor bakal tayang di Disney+ pada 21 September 2022

Next Post

Pra-daftar TERA Classic SEA kini dibuka sehingga 21 September 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pra-daftar TERA Classic SEA kini dibuka sehingga 21 September 2022!

Pra-daftar TERA Classic SEA kini dibuka sehingga 21 September 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd