EA SPORTS FIFA 23 akan mengadakan kolaborasi dengan Marvel Entertainment untuk membawa imej hero daripada Marvel Comics ke dalam game itu. Kolaborasi ini akan memberikan beberapa pemain kegemaran ke dalam game bersama-sama artis hebat di Marvel.
Dengan memperingati kerjaya mereka untuk kelab dan negara, setiap FIFA World Cup FUT Hero akan menerima item ilustrasi khas FUT semasa pelancaran mode game World Cup, bersama-sama versi asal FUT Hero yang tersedia semasa pelancaran FIFA 23.

Kolaborasi ini juga memberikan item lain yang berkaitan dengan wira kegemaran peminat yang diinspirasikan oleh Marvel termasuklah tifo, kit, ball dan lain-lain. Peminat juga boleh mendapatkan buku komik Marvel Heroes dalam talian, yang juga datang bersama bio bertulis Marvel. Ia juga tersedia secara terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut mengenai item dan komik itu akan diumumkan kelak menjelang musim cuti nanti. Boleh lawati laman web rasmi game mengenainya.

Jika anda pra-tempah EA SPORTS FIFA 23 Ultimate Edition sebelum 21 Ogos, anda akan menerima item terhad FIFA World Cup Hero bersama item in-game lain.
Selama 30 tahun, EA SPORTS telah menghasilkan francais FIFA, membolehkan pemain menerajui liga, kelab dan pemain terbesar dalam dunia bola sepak, semuanya dengan game dan realisme terkini.

Pada Julai 2022, Electronic Arts mengeluarkan butiran mengenai EA SPORTS FIFA 23, yang akan tersedia di seluruh dunia pada 30 September.Ia akan menampilkan kemas kini kepada teknologi HyperMotion2 yang meningkatkan setiap detik di atas padang dan banyak lagi.
Dengan 300 pemain berlesen individu, memberikan pemain akses kepada lebih 19,000 atlet merentas 700 pasukan, di 100 stadium dan lebih 30 liga di seluruh dunia, FIFA 23 ialah tempat anda boleh bermain dalam pertandingan ikonik seperti UEFA Champions League, UEFA Europa League, UEFA Europa Conference League, Premier League, Bundesliga, LaLiga Santander, CONMEBOL Libertadores dan CONMEBOL Sudamericana.
Hebatkan kolaborasi FIFA 23 dengan Marvel ini. Tidak sabar untuk melihatnya ketika bermain. Anda boleh mendapatkan segala liputan lain mengenai FIFA 23 daripada kami melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post