Jika korang tidak ada rancangan pada hujung minggu ini, apa kata cuba FIFA 22 yang kini percuma di Steam untuk masa terhad. Ini adalah peluang yang bagus untuk cuba game tersebut sebelum membuat keputusan sama ada berbaloi untuk beli atau tidak. Manalah tahu, mungkin FIFA 22 boleh menjadi game kegemaran korang selepas ini!

Bagi mereka yang berminat, korang boleh memuat turun dan bermain FIFA 22 bermula sekarang. Tawaran ini akan tamat pada hari Ahad. Selain itu, versi ‘percuma’ ini mempunyai segala kandungan sama seperti game penuh, jadi korang dapat menikmati gameplay lengkap FIFA 22 tanpa had. Jika ingin terus bermain selepas tempoh percuma tamat, korang perlu membeli game.

Jadi, apa yang best tentang FIFA 22? Rasanya game ini tidak perlu apa-apa pengenalan. Korang ada pilihan untuk menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia menggunakan watak ciptaan sendiri, atau berseronok dengan pasukan impian. FIFA 22 menampilkan lebih daripada 17,000 pemain, lebih 700 pasukan, 90+ stadium dan sekurang-kurangnya 30 liga dari seluruh dunia. Untuk maklumat penuh, korang boleh baca review awal saya di SINI.

Berikut adalah petikan dari review saya:
Saya sebenarnya agak berpuas hati dengan FIFA 22 kerana menerapkan pelbagai upgrade dari segi gameplay dan mekanik. Teknologi Hypermotion ternyata membuatkan game ini menjadi lebih baik, lebih realistik, dan saya menikmati setiap saat yang saya bermain. Seterusnya, beberapa penambahbaikan untuk mod sedia yang dahulu dianggap “repetitif” membuat saya ingin mencuba semula seperti mod VOLTA Football yang kini mempunyai mini-game dan mod Career yang membolehkan kita mencipta kelab sendiri.
Tidak kira jika ingin menjaringkan gol atau meneruskan kerjaya sebagai pengurus, korang boleh download FIFA 22 di Steam secara percuma dan mula bermain sekarang!
Untuk segala liputan kami tentang FIFA 22, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post