Volta Football adalah versi terbaru EA Sports untuk FIFA Street dan nampaknya ciri ini akan menerima banyak perubahan besar di FIFA 22. Terdapat banyak ciri dan sistem baru, termasuk Volta Arcade, Skill Meter dan tumpuan khusus pada Skill Move. Untuk sesiapa yang tidak sabar, FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk semua platform utama, jadi memang tidak lama lagi sebelum kita semua dapat mencuba. Berikut adalah senarai penambahbaikan di Volta Football:
Skill Meter
Sebelum ini, Skill Moves di Volta lebih kepada “menunjuk” daripada aset penting untuk bantu dalam permainan. Walau bagaimanapun, pengenalan Skill Meter baru dalam FIFA 22 akan mendorong pemain untuk melakukan skil unik, hantaran yang sukar dan wall pass (melakukan hantaran dengan menyepak bola ke dinding). Dengan mengisi Skill Meter, ia akan menambah multiplier x2, x3 atau x4, untuk menggandakan jumlah gol.
Signature Ability
Satu lagi tambahan baru untuk Volta adalah Signature Ability. Ini merupakan power up dan berkait rapat dengan cara anda bermain. Apabila meter Signature Ability penuh, anda boleh mengaktifkannya serta merta. Terdapat tiga Signature Ability berbeza iaitu: Power Strike, Pure Pace dan Aggressive Tackle.
Skill Tree
Rating pemain akan dihadkan kepada 96 di FIFA 22 Volta jadi anda tidak dapat memaksimumkan semua statistik mereka. Setiap pemain akan bermula pada rating 82 dengan Skill Move 5★ dan penggunaan kaki lemah 5★ supaya dapat menggunakan semua kemahiran dan teknik serta merta.
Skill Tree juga telah dirombak dalam FIFA 22 untuk membuatkan kemajuan lebih jelas dan lebih mudah untuk dikendali. Anda kini boleh fokus menyerang, melakukan hantaran dan menggelecek bola atau bertahan. Pada masa yang sama, anda boleh menukar posisi pada bila-bila masa dengan “menetapkan semula” (reset) semula Skill Point. Rating maksimum sebanyak 96 bermaksud anda hanya dapat memaksimumkan satu cabang dari Skill Tree, dan bukannya mengisi semuanya seperti game-game sebelum.
Volta Arcade
Volta Arcade menambah pelbagai mini-game dan mod baru di FIFA 22. Anda boleh bermain dengan rakan atau orang rawak dalam 8 mini-game (EA Sports mengesahkan bahawa lebih banyak akan ditambahkan) yang terdiri daripada:
- Dodgeball
- Foot Tennis
- Disco Lava
- Quick Strike
- Wall Ball Elimination
- Team Keepaway
- Target Gallery
- Cover Scramble
Setiap perlawanan akan terdiri daripada 4 mini-game yang dipilih secara rawak di mana anda boleh mendapatkan Volta Coin dan XP.
Malangnya, FIFA 22 Volta Football tidak akan mengandungi mod single-player seperti FIFA 21 kerana EA ingin lebih fokus pada perlawanan yang cepat di mana pemain boleh keluar masuk dengan senang. FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini. Jangan lupa untuk melihat segala liputan kami tentang FIFA 22 di sini.
Sumber – EA Sports

@gamersantaimy
Discussion about this post