Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts telah membuang pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy dari FIFA 22 sementara pemain itu menunggu perbicaraannya setelah didakwa dengan empat tuduhan merogol dan satu serangan seksual terhadap tiga wanita (termasuk satu di bawah usia 18 tahun) di rumahnya di Cheshire antara Oktober 2020 dan Ogos 2021. Sebelum digantung dari kelab Manchester City pada bulan Ogos lalu, Mendy masih ada di dalam FIFA 22 tetapi sejak itu, EA serta merta membuangnya daripada permainan. Perubahan ini berlaku semasa tempoh akses awal untuk FIFA 22 sebelum pelancaran rasmi permainan pada 1 Oktober.

EA removes footballer Benjamin Mendy from 'FIFA 22' ahead of trial

Kehilangan Mendy dalam FIFA 22 telah diperhatikan oleh para gamer yang mencarinya di senarai pemain Manchester City semasa tempoh percubaan awal selama 10 jam. Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh Eurogamer, EA mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah membuang Mendy dari kedua-dua kelab Manchester City dan pasukan kebangsaan Perancis di FIFA 22 manakala kad Ultimate Team-nya juga dihapuskan dari bundle.

EA pulls Man City's suspended defender Benjamin Mendy from FIFA 22 while he  is awaiting trial • Eurogamer.net

Walau bagaimanapun, kad Mendy masih ada dalam FIFA 22 untuk beberapa orang. Perubahan ini dibuat setelah pelancaran tempoh akses awal, jadi ada kemungkinan, segelintir pemain sudah memiliki kad Mendy di FUT selepas memperolehnya di “market”. Berikut adalah pernyataan rasmi:

“Kami dapat mengesahkan perubahan dalam FUT dilakukan sehari setelah pelancaran akses awal di EA Play yang mengakibatkan beberapa pemain masih memiliki akses ke [kad] Mendy,” kata EA.

Masih tidak jelas jika EA akan membuat apa-apa tindakan lain mengenai Benjamin Mendy dalam FIFA 22. Jika terbukti dia salah, EA pasti akan membuang dia sepenuhnya daripada permainan, tetapi buat masa ini, EA tidak menjelaskan rancangan mereka untuk masa depan.

RelatedPosts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

Jika anda berminat tentang FIFA 22, jangan lupa untuk membaca review penuh saya di SINI! Selain itu, kami mempunyai pelbagai info lain yang anda boleh lihat di SINI.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Benjamin MendyeaFIFA 22kontroversiManchester City
Previous Post

Akibat protes di Google play, Genshin Impact bagi hadiah untuk redakan kemarahan komuniti

Next Post

Sebut saja GTA 6, automatik kena “mute” di Youtube Rockstar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Sebut saja GTA 6, automatik kena “mute” di Youtube Rockstar!

Sebut saja GTA 6, automatik kena "mute" di Youtube Rockstar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd