Bagi mereka yang benar-benar komited kepada sukan bola sepak, FIFA 22 oleh EA memperkenalkan perubahan baru yang pasti anda suka pada ‘Career Mode‘. Sorotan utama kali ini adalah fitur Player Career baru yang membolehkan pemain menggunakan watak custom mereka dan mengubahnya dari seorang pemain tanpa nama menjadi salah seorang bintang termasyhur di liga tertinggi.
Sebelum bermula, anda mempunyai banyak pilihan customization untuk kelab sendiri. Ia terdiri dari memilih Kit dan Crest untuk kelab, serta pilihan nama pemain supaya kita boleh mendengar pengulas dan penyokong menyorak nama kita semasa di atas padang. Selain itu, anda juga dapat memilih pasukan ‘rival’, untuk memberikan sedikit cerita atau identiti kepada kelab kita.
Career Mode membolehkan kita mengubah suai cerita pasukan dalam apa-apa cara yang anda mahukan dengan menetapkan penilaian kelab. Dengan memberi penilaian, kisah kelab kita akan berubah. Sebagai contoh, kita boleh menjadi kelab baru yang teringin untuk berjaya di liga besar atau kisah sebuah pasukan elit yang harus mempertahankan gelaran mereka sebagai juara. Anda bahkan dapat mengawal berapa banyak wang yang dimiliki jika ingin membeli atau menjual pemain. Dengan itu, ia dapat diubah suai untuk menunjukkan keperibadian diri anda.
Bayangkan diri menjadi bintang bola sepak
Sekarang kita akan jelaskan tentang watak custom sendiri. FIFA 22 benar-benar memberi tahap ‘immersive’ lebih tinggi dalam Career Mode, dengan pilihan baru untuk kita memulakan watak custom sebagai pemain ganti. Ini bermaksud watak anda masih belum layak untuk bermain di atas padang sehinggalah harinya tiba untuk menggantikan seseorang. Apabila masa itu tiba, kita akan diperkenalkan kepada sistem ‘Match Objectives’. Ia terdiri dari tiga cabaran yang boleh kita lakukan untuk XP tambahan bagi mencapai matlamat pemain untuk berkembang dalam kerjaya.
Cabaran ini berdasarkan posisi pemain anda. Sekiranya anda seorang penyerang, anda perlu menjaringkan gol, dan jika diri adalah penjaga gol, sudah tentu anda perlu menjaga gawang supaya tidak bolos. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan lagi objektif , dengan meningkatkan tahap ‘difficulty’ supaya ia memberi lebih banyak ganjaran jika anda menyelesaikannya.
Selepas setiap perlawanan, kita juga akan mendapat adegan sinematik di bilik salinan baju, yang menunjukkan anda dan rakan sepasukan sedang meraikan kemenangan atau sedang kecewa kerana kalah. Ia mencerminkan jenis perlawanan apa yang baru saja anda mainkan – jadi jika anda baru sahaja memenangi UEFA Liga Europa, sudah tentu ia lebih meriah berbanding menang selepas menentang kelab kecil. EA juga menjelaskan tentang hubungan anda dengan pengurus anda dengan sistem penilaian Manager baru. Selepas setiap permainan, anda dapat melihat apa yang difikirkan oleh pengurus tentang kita.
Sistem customization dari segi gameplay
Kita pun taknak watak custom selama-lamanya menjadi pemain ganti, jadi FIFA 22 telah reka semula sistem Player Growth, untuk menjadikan proses kemajuan lebih menarik dan senang digunakan. Perubahan terbesar adalah sistem skill tree, yang membolehkan anda memilih ‘buff; untuk menambah baik pemain. Sebilangan nod dalam skill tree dapat dinaik taraf berkali-kali, manakala beberapa nod akan bercabang antara satu sama lain.
Akhir sekali adalah ‘Archetype’ baru di Pro Clubs. Ini mewakili perubahan besar dalam atribut pemain, dan seharusnya dapat membantu watak meningkatkan lagi kemahiran khusus mereka serta statistik keseluruhan mereka. Di samping itu, terdapat juga sistem ‘perk’ baru, di mana setiap pemain dapat menggunakan hingga tiga perk untuk lebih mengkhususkan gameplay. Ia bukan sahaja bagus untuk pemain, malah dapat sinergi dengan baik bersama ahli pasukan. Sebagai contoh, satu Perk akan diaktifkan selepas anda menghantar bola, lalu memberi buff kepada rakan sepasukan yang menerima bola itu.
Begitu juga, kita akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan XP daripada hanya bermain dalam perlawanan. Anda juga boleh melakukan latihan untuk mendapatkan XP, dan dapat memilih sama ada untuk melakukannya secara manual untuk mendapat lebih banyak ganjaran, atau untuk ‘skip’ bagi menjimatkan masa tetapi tetap masih mendapatkan XP walaupun ia kurang.
Itu sahaja untuk preview kami bagi ciri Career Mode di FIFA 22. Dengan semua alat ini dan banyak lagi, FIFA 22 benar-benar menjadi impiankan kepada kenyataan. Jangan lupa untuk melihat liputan kami yang lain tentang semua mod FIFA 22. Berikut adalah trailer rasmi untuk FIFA 22 Career Mode:

@gamersantaimy
Discussion about this post