Jun lalu, kita telah didedahkan dengan game baru untuk siri Fate iaitu Fate/Samurai Remnant yang dibangunkan oleh Omega Force dan Koei Tecmo. Game tersebut akan dilancarkan pada 29 September untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam. Baru-baru ini semasa acara FGO Fes. 2023, maklumat baharu untuk game telah pun dilepaskan termasuklah trailer baru. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Dalam trailer terbaru ini, kita telah didedahkan dengan maklumat mengenai “Rogue Servant”. Berikut adalah servant yang diperkenalkan.
- Rogue Saber
- Pahlawan berperisai yang menunggang kuda dan menggunakan odachi. Dia mengejar musuh yang dia panggil “demon” untuk memusnahkannya.

- Rogue Archer (Arjuna)
- Nama sebenarnya Arjuna. Berpakaian putih dan menggunakan busur. Dia seseorang yang jujur, sopan dan bersikap baik

- Rogue Lancer (Cu Chulainn)
- Bernama Cu Chulainn, bersama lembing merahnya, dia seorang yang agresif dan mencari lawan yang layak untuk ditentangnya.

- Rogue Rider (Tamamo Aria)
- Dia menawan lelaki daripada seluruh dunia dengan rupanya yang cantik serta pertuturannya yang sopan.

- Rogue Berserker
- Seorang pejuang berambut panjang dengan badan berotot, hilang akal kerana menjadi Berserker. Dia bersama Takao Dayu atas sebab tertentu.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai Fate/Samurai Remnant. Untuk mendapatkan berita lain tentang Fate daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post