Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FATAL FURY: City of the Wolves Rasmi Keluar Hari Ini, Disertai Kejohanan Global Berhadiah $2.5 Juta

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
FATAL FURY: City of the Wolves Rasmi Keluar Hari Ini, Disertai Kejohanan Global Berhadiah $2.5 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

SNK CORPORATION secara rasmi melancarkan FATAL FURY: City of the Wolves, entri terbaru dalam siri fighting game ikonik mereka, yang kini boleh didapati di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Steam dan Epic Games Store.

Pelancaran ini menandakan kemunculan semula francais Fatal Fury selepas 26 tahun sejak GAROU: MARK OF THE WOLVES dilancarkan pada tahun 1999, sekaligus membuka lembaran baharu dalam sejarah fighting game yang menjadi fenomena pada era 1990-an.

Bersempena pelancaran ini, SNK turut mengumumkan kejohanan SNK World Championship 2025, dengan jumlah hadiah lumayan sebanyak $2.5 juta, termasuk ganjaran utama bernilai $1.5 juta untuk juara dunia.

FATAL FURY: City of the Wolves tampil dengan visual bergaya dan unik, serta senarai 22 pahlawan yang merangkumi 17 watak kegemaran peminat dari game terdahulu dan pendatang baharu, termasuk lima lagi yang akan ditambah melalui DLC Season Pass 1.

Menariknya, dua tetamu istimewa turut menyertai game ini: bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo dan DJ sensasi Salvatore Ganacci—membawa sentuhan tersendiri ke medan perang South Town.

Jalan cerita gane ini tertumpu pada legasi Geese Howard dan boleh diikuti melalui Arcade Mode, di mana persaingan, persahabatan, dan takdir terjalin dalam naratif yang mendalam.

Kredit: SNK

Game ini turut memperkenalkan sistem baharu yang dinamakan REV System, membolehkan pemain menggunakan serangan dinamik seperti REV Arts dan REV Blows, membawa intensiti pertarungan ke tahap maksimum hingga REV Meter mencapai titik panas.

Ciri klasik seperti Combination Attacks, Just Defense, dan pertarungan dua-lane turut kembali untuk generasi moden. Dua pilihan kawalan—Arcade Style untuk pemain mahir dan Smart Style yang lebih mesra pengguna—menjadikan game ini mudah diakses oleh pemain baru mahupun veteran.

Satu mod solo berunsur RPG, Episodes of South Town, turut disediakan, membolehkan pemain meningkatkan tahap watak, membuka skil baharu, dan menikmati pengembaraan berpaksikan naratif.

Kredit: SNK

Gameplay online disokong sepenuhnya dengan rollback netcode dan keupayaan cross-platform, memberikan pengalaman perlawanan global yang lancar. Pemain boleh menyertai mod Ranked, Casual, atau Room Match, atau mencabar klon AI yang meniru gaya permainan pemain sebenar.

Fungsi penyesuaian turut menyerlah melalui Color Edit Mode, dan pengalaman dipertingkatkan lagi dengan 19 lagu baharu daripada 11 DJ terkenal dunia—termasuk runut bunyi pentas yang diinspirasikan daripada dunia permainan.

Jukebox Mode membolehkan pemain mencipta playlist yang menggabungkan lagu-lagu klasik dari Fatal Fury dan Art of Fighting.

SNK World Championship 2025

The titles for the SNK World Championship 2025, a global tournament dedicated to SNK fighting games, have been finalized! ✨

City of the Wolves alone will have a total prize pool of $2,500,000; the champion will walk away with $1,500,000!🌐

More information about prizing,… pic.twitter.com/p24T4If6LT

— SNK GLOBAL (@SNKPofficial) April 24, 2025

Kejohanan SNK World Championship 2025 bakal menjadi pentas bagi pemain terbaik dunia City of the Wolves, dengan pusingan kelayakan di pelbagai benua menuju ke Grand Finals yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada penghujung 2025.

Dengan hadiah keseluruhan berjumlah $2.5 juta dan ganjaran utama $1.5 juta untuk juara, kejohanan ini menetapkan standard baharu dalam arena esports fighting game. Tajuk-tajuk lain yang turut dipertandingkan termasuk THE KING OF FIGHTERS XV dan SAMURAI SHODOWN, dengan maklumat lanjut tentang jadual dan struktur hadiah bakal diumumkan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi SNK.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fatal Fury: City of the Wolves
ShareTweetSend
Previous Post

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster Bersedia Bersinar Di Nintendo Switch 2

Next Post

Reviu Nintendo Sound Clock: Alarmo – Bangun Tidur Bersama Mario, Link & Ikon Nintendo Lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Reviu Nintendo Sound Clock: Alarmo – Bangun Tidur Bersama Mario, Link & Ikon Nintendo Lain!

Reviu Nintendo Sound Clock: Alarmo - Bangun Tidur Bersama Mario, Link & Ikon Nintendo Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd