Fast & Furious Crossroads telah dikeluarkan pada Ogos 2020 di Xbox One, PS4 dan PC seiring dengan pengeluaran filem Fast & Furious 9. Malangnya, game ini dikeluarkan sebagai “cash grab” serta dikritik oleh pengkritik dan pemain. Disebabkan itu, game ini akan “delisted” daripada semua kedai digital bermula pada 29 April ini.

Menurut laman web rasmi game, mereka yang telah membeli game dan DLC secara digital, masih akan memilikinya dalam “library” dan boleh di download pada masa akan datang. Mode online dalam game ini juga akan kekal aktif.
Semua jualan produk akan diberhentikan pada:
29 April 2022
Jika anda membeli game ini secara digital, game ini masih anda miliki di “library” dan boleh di download pada masa akan datang.
Mana-mana DLC yang dibeli sebelum 29 April 2022 juga boleh digunakan selepas tarikh ini. Mode online game ini akan kekal aktif.

Fast & Furious Crossroads menampilkan Vin Diesel sebagai protagonis iaitu Dominic Toretto dan terdapat juga watak lain iaitu Michelle Rodriguez dan Tyrese Gibson juga memainkan peranan masing-masing sebagai Letty Ortiz dan Roman Pearce.
Walaupun berlatarkan dunia filem Fast and Furious dan menampilkan beberapa watak serta kereta ikonik, Crossroads gagal menarik perhatian orang ramai kerana game ini tidak memberikan kebebasan dan kepuasan kepada pemain. Dalam majoriti misi, pemain ditugaskan untuk memandu dari satu tempat ke tempat lain pada laluan linear yang ditemani oleh aksi membosankan.

Walaupun PC dan versi digital Fast and Furious Crossroads akan hilang, salinan fizikal untuk Xbox One dan PlayStation 4 masih boleh dibeli.
Untuk lebih banyak berita menarik lain, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post