Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Farmasi Jepun memperkenalkan VTuber sendiri, Shionogi Kanade!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Farmasi Jepun memperkenalkan VTuber sendiri, Shionogi Kanade!
Share on FacebookShare on Twitter

Disebabkan trend VTuber kini semakin popular, syarikat farmaseutikal Jepun, Shionogi Pharmaceutical Co., Ltd, telah menghasilkan VTuber sendiri untuk syarikat mereka. Dinamakan sebagai Shionogi Kanade, misi VTuber tersebut adalah untuk memberitahu khalayak umum lebih lagi mengenai Shionogi. Kanade percaya bahawa lagu memiliki kekuatan untuk menyembuhkan orang, jadi dia akan menyumbang untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui aktiviti Internet. Sempena itu, Shionogi telah membuka halaman YouTube khusus untuk Kanade di mana anda boleh mendengar lagu debutnya “Intro.” sekarang.

Laman web rasmi menerangkan seperti berikut:

“Dalam proses penyelidikan ubat, sebuah program misteri ditemui. Satu demi satu, fenomena yang tidak dapat dijelaskan oleh sains moden berlaku; penyelidik merasakan sejenis perasaan tenang selepas dipengaruhi oleh program ini. Shionogi memberikan program itu sebuah badan maya dan mengupahnya sebagai pekerja maya untuk berperanan dalam menyembuhkan orang lain.”

Untuk mereka yang tidak tahu, reka bentuk watak sebenarnya berasal daripada pelukis terkenal En Morikura, yang merupakan pereka watak untuk “Kizuna Ai”, VTuber paling terkenal di dunia buat masa ini. Selain itu, lagu debut “Intro.” pula dihasilkan oleh 40mP (VOCALOID) yang menyusun gubahan, lirik dan susunan lagu.

Profil

  • Nama: Shionogi Kanade
  • Hari Lahir: 17 Mac (Pisces)
  • Tahun penyertaan: 2021
  • Jabatan: Jabatan Komunikasi Maya
  • Misi: Untuk membawa penyembuhan melalui lagu.
  • Hashtag: #ShionogiKanade

Shionogi Kanade datang dari syarikat Shionogi & Company, Limited yang merupakan syarikat farmaseutikal Jepun terkenal dengan pembangunan Crestor. Syarikat ini sudah lama mendirikan perniagaan sejak tahun 1878, dan menjadi rasmi pada tahun 1919. Antara ubat yang dihasilkan adalah untuk hiperlipidemia, antibiotik, dan ubat-ubatan barah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang VTuber, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shionogi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefarmasiShionogi KanadeStreamerVTuber
Previous Post

Pisang kembali! My Friend Pedro: Ripe for Revenge akan datang ke Android & iOS!

Next Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kembali dalam koleksi UNIQLO UT musim panas ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kembali dalam koleksi UNIQLO UT musim panas ini!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba kembali dalam koleksi UNIQLO UT musim panas ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd