Semalam, Marvelous telah mengumumkan Farmagia, game aksi monster-farming yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Switch dan PC melalui Steam pada 1 November.
Setelah diusik selama beberapa bulan, kita akhirnya dapat melihat gameplay pertama untuk game ini.
“Dalam dunia Felicidad, para petani dikenali sebagai Farmagia dan tugas mereka adalah untuk membesarkan dan memerintah raksasa, yang hidup dalam harmoni di bawah pengawasan Magus Diluculum.”
“Keamanan ini membawa kemakmuran kepada tanah sehingga kematian Magus, yang menarik perhatian warga jahat yang cuba menggunakan raksasa untuk diri mereka sendiri. Konflik ini merebak sampai ke bandar Centvelt, lalu memaksa Ten dan rakan-rakannya untuk menyertai peperangan menentang pemerintah baru Glaza yang zalim.”

Pemain akan mengawal Ten dan rakan-rakan Farmagia yang lain, dengan memupuk dan memerintah sekumpulan raksasa semasa menerokai tanah bahaya Felicidad, demi mencari sumber yang berharga untuk menambah baik ladang mereka.
Apabila kemahiran dan ladang Ten meningkat, dia akan mempunyai akses kepada lebih banyak raksasa untuk dibela dan pelbagai bonus lain yang dapat membantunya dalam perjuangan untuk kebebasan!

Seperti yang anda dapat lihat, sentuhan kreatif Hiro Mashima (pencipta kepada manga, anime popular Fairy Tail, Edens Zero) menghidupkan dunia Felicidad dengan watak dan raksasa unik.
Gameplay Umum

Secara am, kita akan kawal Ten semasa dia berjuang melalui setiap kawasan berbahaya di tanah Felicidad, yang akhirnya akan tamat dengan satu pertarungan bos besar. Senjatanya adalah raksasa yang dibela, jadi perintahkan askar-askar raksasa anda untuk tewaskan musuh dalam pertempuran strategik.
Tingkatkan saiz tentera Ten dengan membela raksasa baharu di ladang, dan kemudian latih setiap satu untuk meningkatkan kekuatan mereka dan menyelidik abiliti baharu untuk digunakan dalam pertempuran.

Dalam perjalanan, pemain juga boleh berkawan dengan Elemental Spirit yang tinggal di seluruh Felicidad. Dengan mengeratkan hubungan ini, Ten dapat memperoleh raksasa ultimate dan transformasi baharu, yang meningkatkan kekuatan dalam peperangan menentang Glaza.
Selain video di atas, anda juga boleh melihat sinematik opening untuk game Farmagia di bawah, yang memberikan aura ala anime kepada pemain:
@gamersantaimy
Discussion about this post