Hari ini, Ubisoft telah mengumumkan acara “Free Weekend” untuk Far Cry 6 di mana pemain boleh mengakses semua kandungan di dalam game secara percuma. Bukan itu sahaja, Far Cry 6 juga akan tersedia dengan potongan 60% buat tempoh masa yang terhad.
Kembali ke topik Free Weekend, Far Cry 6 boleh dimainkan secara percuma bermula dari 4 hingga 7 Ogos. Pada masa itu, korang akan dapat mengakses kandungan Stranger Things, Rambo dan Danny Trejo. Bak kata YouTube mereka:
Play FC6 for FREE this weekend and get 60% OFF! Play this blockbuster free weekend in co-op as you save Yara, fight with Danny Trejo, go Rambo style, play our Stranger Things event and so much more!

Pada masa yang sama, sebuah “Photo Mode Contest” juga akan berjalan di mana Ubisoft mencari foto atau video “musim panas” terbaik untuk dikongsi ke TikTok, Instagram atau Twitter, dengan hashtag #FarCry6FreeWeekendContest. Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah kad grafik AMD Radeon RX 6800 XT, replika Collector Flamethrower, Corsair Audio Helmet, tobii Eye Tracker, dan banyak lagi.
Photo Mode Contest bermula pada hari yang sama dengan Free Weekend tetapi akan tamat pada 12 Ogos.
Anggaran masa untuk tamatkan base game Far Cry 6 adalah antara 60 hingga 80 jam, tetapi tempoh Free Weekend masih memberi anda masa yang cukup untuk mencuba sebahagian besar kandungan bagi mereka yang berminat.
Jika anda tidak pernah mencuba Far Cry 6, sesi Free Weekend adalah satu-satunya peluang untuk bermain game itu tanpa membeli. Lagipun, jika korang akhir sekali jatuh cinta pada game ini, Far Cry 6 kini dijual pada diskaun 60%.

Untuk segala liputan kami tentang Far Cry 6, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post