Baru sahaja dapat tarikh untuk tayangan umum Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village –, rupa-rupanya ada tarikh yang lebih awal untuk peminat Malaysia tonton filem ini. Melalui laman web TGV Cinemas, filem Demon Slayer itu akan mendapat fan screening untuk peminat! Jadi ada peluang untuk kita mendapat beberapa merch Demon Slayer bersama-sama tayangan awal filem.

Dijadualkan untuk tayangan pada 25 Februari 2023, filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – tiket penjualan sudah dibuka! KLIK DI SINI untuk tempah sekarang!
Kalau anda ingin tahu, filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – To the Swordsmith Village – merupakan sebuah filem kompilasi episod 10 dan episod 11 daripada Entertainment District Arc dan juga episod pertama untuk Swordsmith Village Arc yang berdurasi selama sejam.

Filem ini telah pun ditayangkan di Jepun pada awal bulan Februari dan telah mengutip keuntungan lebih daripada RM 40 juta dengan jumlah penonton hampir mencecah 900 ribu.
Berkenaan Demon Slayer Season 3, kita akan melihat Tanjiro yang mengembara ke Swordsmith Village untuk membaiki pedangnya. Apabila tiba, dia dibawa terus ke ketua kampung, Tecchin Tecchikawahara , yang kemudian membawa Tanjiro ke kolam air panas untuk bantu menyembuhkan tubuhnya.

Di kolam air panas ini, Tanjiro bertemu dengan Love Hashira, Mitsuri Kanroji dan seorang lagi rakan bernama Genya Shinazugawa. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan Mist Hashira, Muichiro Tokito. Ancaman yang bakal dihadapi pun menjadi lebih bahaya kerana ‘Demon Upper Rank Four dan Five’ daripada ‘Twelve Kizuki’ akan melancarkan serangan ke atas kampung tersebut.
Anda yang masih belum menonton siri ini, boleh pergi ke platform berikut untuk menontonnya!
Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post