Fallout 76 adalah salah satu siri prekuel Fallout game yang boleh dimain secara online sebagai RPG (role-playing-game). Diterbitkan oleh Bethesda Game Studios pada November 2018 dan dikeluarkan di Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One merupakan game multiplayer yang pertama dicipta oleh mereka. Didalam Fallout 76, pemain dapat meneroka dunia luar yang telah hancur disebabkan perang nuklear dan sebagainya.
https://youtu.be/M9FGaan35s0
Pada pelancaran Fallout 76 tahun lalu, dikatakan pelbagai masalah yang timbul antaranya isu ‘Beg Kanvas’ yang sepatutnya didapati di dalam ‘Power Edition Fallout 76’ bukannya diperbuat dari kanvas sebaliknya ‘Nylon’. Disebabkan isu ini, pihak Bethesda Softwork terima impak kecaman yang agak teruk dan terpaksa menanggung segala kerugian yang ditanggung oleh pihak penganjur. Selain itu, Fallout 76 juga dikatakan sebuah game yang agak kaku, tetapi kini telah pun diperbaiki dengan cara menambah lebih item, kosmetik dan lain-lain untuk pemain. Walau bagaimanapun, peminat setia Fallout terasa dikhianati apabila Fallout 76 memungkiri janjinya mengenai isu transaksi mikro yang sepatutnya untuk kosmetik sahaja.
Baru-baru ini di Bethesda Game Days, Todd Howard pengarah bagi Bethesda Game Studios menyatakan bahawa Fallout 76 semakin berkembang dengan kedatangan Nuclear Winter dan Wastelanders DLC dalam tahun ini. Dia juga menyatakan bahawa Fallout 76 telah pun mempunyai berjuta-juta pemain dan katanya lagi dari maklum balas pemain, mereka akan menambah lebih banyak item yang lebih menarik seperti didalam perancangan besar pihak mereka.
“We have a huge, millions of players, and a large player base in this game; we are receiving tons of feedback. We aim to build a kind of Fallout platform. We have tons of ideas, it’s been a crazy journey so far, and we are excited, there’s a ton of cool content on the way, ” said Todd Howard.
“It’s been an incredible experience. We will do anything we can to reward that, this year, next year and in the coming years we have big things planned.”
-Todd Howard (Bethesda Game Studios Director)
Tetapi disebalik berita yang menggembirakan pemain Fallout 76, tetap ada beberapa pengkritik yang percaya bahawa kurangnya perhatian media untuk maklumat-maklumat berjuta permain ini memberikan keraguan terhadap kenyataan. Mungkin kita kena tunggu laporan sebenar dan dah nampak terang-terangan baru boleh percaya kot.
Sebab tu lah ramai orang cakap bila dah buat salah sekali, berkali-kali orang saja nak nampakkan lagi keburukan mereka. Jadi, apa-apa pun kita tunggu sahajalah update yang akan datang.
Sumber: GameRant, TwistedVoxel
@gamersantaimy
Discussion about this post