Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FAKTA: Budak 10 tahun dianggap “dewasa matang” dalam Pokemon, boleh kahwin & mengembara!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
FAKTA: Budak 10 tahun dianggap “dewasa matang” dalam Pokemon, boleh kahwin & mengembara!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Pokémon sudah wujud selama beberapa dekad dan walaupun terkenal di seluruh dunia, ia masih mengandungi beberapa rahsia besar. Selama bertahun-tahun, ramai peminat tertanya-tanya “mengapa Ash boleh mengembara seorang diri sedangkan usianya hanya 10 tahun.” Kini, kami dapat tahu ia kerana undang-undang di dunia Pokemon.

Berikut adalah kisah sebenar dalam dunia Pokemon:

Semuanya didedahkan apabila sekumpulan peminat berjaya menterjemahkan novel ringan Pocket Monsters: The Animation. Bagi mereka yang tidak tahu, novel ringan ini asalnya diterbitkan pada 1997 dan dibahagikan kepada dua bahagian. Diakui sebagai barang yang sangat berharga, novel ini sangat susah untuk diperoleh pada zaman sekarang kerana mengandungi banyak maklumat rahsia.

Novel ringan Pocket Monsters: The Animation

Ditulis oleh Takeshi Shudo, dia menjelaskan tentang sejarah dan latar belakang dunia Pokemon yang tidak pernah diceritakan dalam anime. Rupanya, novel itu memberikan sejarah terperinci tentang beberapa undang-undang yang mengesahkan bahawa “kanak-kanak berumur 10 tahun layak digelar sebagai dewasa matang”.

Melalui terjemahan ini, novel itu menjelaskan bahawa dunia Pokemon menyerupai Jepun pada abad ke-20, tetapi mempunyai beberapa perbezaan besar. Salah satunya ialah kanak-kanak dianggap dewasa matang apabila mencapai umur 10 tahun. Undang-undang ini dinamakan sebagai “Primary School Graduates Adulthood Law” atau singkatannya, PGAL.

“Bagi bulan April selepas ulang tahun ke-10, anda boleh mendapatkan lesen Pokemon dan bawa Poke Ball untuk menangkap Pokemon.

Semua hak orang dewasa diberikan… Jika anda mencuri sesuatu daripada kedai, akibatnya bukan sekadar dimarahi penjaga kedai, malah polis pun akan menangkap anda.”

Sebahagian daripada penterjemahan.

Seterusnya, novel itu memberitahu yang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat mengembara dengan bebas dan melakukan apa-apa sahaja seperti orang dewasa kerana undang-undang ini.

“Anda boleh berusaha untuk mengejar pendidikan tinggi atau mengambil alih perniagaan keluarga. Anda juga bebas untuk mencari pekerjaan yang anda suka.

Jika betul-betul suka, lelaki dan perempuan bebas untuk berkahwin tanpa kebenaran ibu bapa. Anda dianggap orang dewasa, jadi boleh dikenakan denda melanggar undang-undang trafik, dan perlu membayar cukai seperti orang dewasa.”

Maka, itulah kisah sebenar di sebalik dunia Pokemon.

Rupanya, ibu Ash bukan manusia yang kejam kerana membiarkan anaknya pergi mengembara seorang tetapi rupanya dunia Pokemon yang sangat pelik kerana mana-mana kanak-kanak yang masuk umur 10 tahun, secara automatik akan dianggap sebagai dewasa dan boleh melakukan apa yang mereka mahu.

Apa pendapat korang? Patutlah ramai sangat kanak-kanak buat hal sendiri dalam game/anime Pokemon. Rupanya dah “dewasa”…

Untuk segala liputan kami tentang francais Pokemon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAshnovelpokemon
Previous Post

Apple Arcade Januari 2023: Episode XOXO & Illustrated diantara yang tiba di iOS!

Next Post

Boruto – Perbezaan Ninjutsu & Shinjutsu, mana yang lebih kuat?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Boruto – Perbezaan Ninjutsu & Shinjutsu, mana yang lebih kuat?!

Boruto - Perbezaan Ninjutsu & Shinjutsu, mana yang lebih kuat?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd