Gangguan secara atas talian dan jugak toxicity merupakan satu perkara yang biasa bagi kita semua yang bergelar gamers. Atas kepada kental tak kental mental masing-masing nak hadap. Ada yang balas balik, ada yang senyap, dan ada yang take it seriously sampai depresi. Nasib ada Fair Play Alliance ni, mereka cuba untuk berlawan dengn toxicity yang berleluasa dalam duna gaming ni.
Fair Play Alliance ni merupakan gabungan lebih dari 20 syarikat games dan banyak jugak nama-nama yang besar macam Blizzard, Riot Games, Epic Games dan berbagai lagi. Dengan satu objektif, iaitu untuk memupuk bermain secara adil dalam permainan online, meningkatkan kesedaran dalam sikap terhadap individu itu tersendiri, dan berkongsi kajian dan juga amalan yang murni yang akan menjadi pemacu ke arah bermain secara sihat mental.
https://twitter.com/Grummz/status/977902499372781575
Antara aspek yang ditekankan adalah gangguan secara atas talian, diskriminasi dan juga penyalahgunaan. Bagi aku lah, gabungan ni sangat la bagus. Sebab ianya banyak membantuk kepada persekitaran gaming yang sihat dan bebas dari perkara negatif.
@gamersantaimy
Discussion about this post