Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang
Share on FacebookShare on Twitter

Ezra Miller, bintang utama untuk filem superhero akan datang Flash, nampaknya sedang menghadapi masalah baharu. Pelakon terkenal itu telah didakwa dengan “jenayah pecah rumah” ke kediaman yang tidak berpenghuni.

Menurut laporan daripada TMZ, Ezra Miller telah mencuri beberapa botol arak dari sebuah rumah kosong di Vermont. Selepas insiden itu, Miller didakwa oleh pihak berkuasa selepas Polis Negeri Vermont menyemak video pengawasan dan menerima sejumlah kenyataan berkaitan pecah rumah di mana Miller diberkas pada malam Ahad.

Pelakon itu diarah untuk menghadiri mahkamah pada September.

Ini adalah tuduhan terbaru terhadap Miller. Sebelum ini, dia dituduh menempatkan sebuah keluarga dengan tiga anak kecil dalam persekitaran yang tidak selamat di ladang miliknya seluas 96 ekar di Stamford, Vermont.

Mengikut laporan, beberapa senjata api diletakkan di sekitar ladang itu tanpa pengawasan rapi di mana salah satu kanak-kanak (berusia setahun) mengambil peluru dan memasukkannya ke dalam mulut. Selain itu, dia juga didakwa atas tuduhan penggunaan ganja yang “kerap” di hadapan kanak-kanak tanpa pengudaraan yang betul.

Ladang tersebut.

Selain itu, ibu bapa kepada seorang aktivis bernama Tokata Iron Eyes (berusia 18 tahun) memfailkan perintah perlindungan terhadap Miller pada awal tahun ini, selepas memberitahu bahawa pelakon itu “membasuh otak” Tokata dan membekalkannya dengan dadah LSD.

Sepasang lagi ibu bapa di Massachusetts turut mendapat perintah perlindungan terhadap Miller selepas dia menunjukkan tingkah laku berbahaya ke atas seorang kanak-kanak dan mengacukan pistol ke ibunya.

Tokata Iron Eyes

Pada hujung bulan Mac lalu, Miller ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman di Hawaii. Kemudian, dia ditangkap sekali lagi selepas membaling kerusi ke arah seorang wanita di Hawaii.

Walaupun terlibat dengan pelbagai kontroversi dan masalah undang-undang, filem The Flash masih akan dikeluarkan mengikut rancangan. Semasa mesyuarat Warner Bros. Discover berkenaan pendapatan suku tahunan, Ketua Pegawai Eksekutif David Zaslav membincangkan masa depan filem Warner Bros., termasuk rancangan mereka untuk filem DC Films lalu mengesahkan bahawa The Flash adalah antara filem tersebut.

Walaupun filem The Flash diteruskan, Warner Bros. tidak lagi ingin Ezra Miller untuk menjadi sebahagian daripada filem DC pada masa akan datang.

Buat masa ini, The Flash dijangka akan keluar pada 23 Jun 2023.

Untuk segala liputan kami tentang filem The Flash, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ezra MillerFlash
Previous Post

One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah

Next Post

Apa itu Tsundere? Jom kenali watak-watak tsundere yang popular!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apa itu Tsundere? Jom kenali watak-watak tsundere yang popular!

Apa itu Tsundere? Jom kenali watak-watak tsundere yang popular!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd