Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom ONL] Expansion Doom Eternal – The Ancient Gods membuat debut gameplay pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2020
in Artikel, Battle Royale, Berita, Livestream, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Gamescom ONL] Expansion Doom Eternal – The Ancient Gods membuat debut gameplay pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Id Software baru-baru ini mengumumkan bahawa Doom Eternal akan mendapatkan kandungan cerita kempen baru, yang dinamakan Ancient Gods. Sebagai sebahagian daripada Gamescom Opening Night Live, kami melihat DLC ini buat pertama kali, yang akan dilancarkan pada 20 Oktober.

Pandangan pertama gameplay ini adalah penuh aksi seperti yang anda jangkakan daripada Doom Eternal, dengan beberapa perubahan kecil. Doom Slayer nampaknya mempunyai grappling hook yang ditingkatkan, untuk membolehkan anda bergerak dengan lebih bebas dari satu lokasi ke lokasi lain. Terdapat juga musuh baru yang tampaknya seperti roh yang dihidup semula. Ini sesuai dengan suasana “syurga” di latar belakang expansion baru.

Beberapa perubahan jauh lebih jelas, seperti makhluk besar yang menyerupai Cyberdemon dan kemampuan untuk memandu kapal selam. Semuanya aneh sejak Doom menerima reboot tetapi jika anda masih mengikuti semua kisah yang terdapat dalam sekuel, anda boleh lihat liputan lama kami di sini.

Kisah ini berlangsung selepas peristiwa Doom Eternal dan mengisahkan konflik di “syurga”. Ini adalah “Part 1” untuk kisah Ancient Gods, dan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya kita akan ada satu episod lagi bakal menyusul.

Bethesda juga mengumumkan bahawa Doom Eternal (bersama dengan Elder Scrolls Online) akan hadir ke PS5 dan Xbox Series X, dengan upgrade gen seterusnya percuma bagi mereka yang memiliki permainan tersebut di pelantar gen semasa. Ikuti semua pengumuman besar Gamescom kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ancient GodsDoom EternalGamescom
Previous Post

[Gamescom ONL] BioWare kongsi di sebalik tabir Dragon Age 4!

Next Post

[Gamescom ONL] World Of Warcraft: Shadowlands dilancarkan 27 Oktober ini & animasi Afterlives didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Gamescom ONL] World Of Warcraft: Shadowlands dilancarkan 27 Oktober ini & animasi Afterlives didedahkan!

[Gamescom ONL] World Of Warcraft: Shadowlands dilancarkan 27 Oktober ini & animasi Afterlives didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd