Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Evolusi One for All: Deku berjaya buka quirk kedua di bab terkini My Hero Academia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2020
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Evolusi One for All: Deku berjaya buka quirk kedua di bab terkini My Hero Academia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab terkini My Hero Academia memang epik dengan kemunculan quirk terbaru One For All. Seperti yang telah kita lihat sepanjang story arc ini, Izuku Midoriya (Deku) telah berkembang maju dalam penggunaan One For All manakala Shigaraki sedang membiasakan diri dengan quirk All For One. Ini seperti kedua-duanya sedang berkembang dalam masa yang sama, dan itu mengakibatkan Deku membuka quirk terbaru di One For All pada penghujung bab terkini.

Amaran: SPOILER untuk bab 283 My Hero Academia:

Tahap marah Deku mencapai maksima apabilla Shigaraki seolah-olah membunuh Gran Torino, dan beberapa hero-hero lain. Shoto Aizawa kini dalam keadaan lumpuh, dan beberapa hero pro lain seperti Hawks dan Mirko dalam keadaan bahaya. Di sini, kami dapat melihat evolusi One For All milik Deku semasa dia memerangi Shigaraki, yang kini memberi dia akses kepada quirk Nana Shimura.

Salah satu kejutan terbesar dalam siri ini ialah kebolehan One For All sebenarnya juga digunakan untuk mengumpul. Ia bukan sahaja boleh mengumpulkan kekuatan setiap pengguna sebelumnya, tetapi juga menyimpan setiap quirk individu. Ini membolehkan Deku menguasai quirk kedua dalam One for All, iaitu Blackwhip yang dulu dimiliki oleh pengguna kelima One For All, Daigoro Banjo.

Setelah menguasai kebolehan Blackwhip, Deku kini beralih ke quirk seterusnya. Bab 283 menyaksikan Shigaraki dengan cepat ingin membunuh semua orang menggunakan quirk Decay sebelum badannya mencapai had. Ketika Shigaraki hampir membunuh semua orang di kawasan itu, Deku menggunakan Blackwhip untuk mengangkat semua orang dan melompat ke udara.

Kini dalam keadaan terapung, ia jelas bahawa Deku kini membuka akses untuk quirk “Float” milik pengguna ketujuh One For All, Nana Shimura. Deku berusaha untuk menamatkan pertarungannya dengan Shigaraki dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Deku membuktikan bahawa dia sedang menghampiri kekuatan Shigaraki.

Adakah anda semua dapat jangka Deku membuka quirk Nana Shimura? Quirk jenis apa yang anda mahu lihat seterusnya? Adakah peningkatan ini cukup untuk melawan Shigaraki baru? Beritahu saya pendapat anda di ruang komen! Untuk segala berita pasal My Hero Academia, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDekumangaMy Hero AcademiaNana ShimuraOne For AllQuirkShigaraki
Previous Post

Masa untuk menggila! Demo Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan keluar 17 September 2020!

Next Post

Assembles! Hero Avengers dah sedia untuk berperang! Ini review Marvel’s Avengers kami~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Assembles! Hero Avengers dah sedia untuk berperang! Ini review Marvel’s Avengers kami~

Assembles! Hero Avengers dah sedia untuk berperang! Ini review Marvel's Avengers kami~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd