Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Event Apex Legends x Post Malone’ Bermula Sekarang – Termasuk mode Three Strikes & Skin Khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Origin, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
‘Event Apex Legends x Post Malone’ Bermula Sekarang – Termasuk mode Three Strikes & Skin Khas!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Electronic Arts dan Respawn Entertainment mengumumkan permulaan Apex Legends x Post Malone Event – antara kolaborasi terbesar dalam sejarah game itu yang berlangsung selama dua minggu. Event ini menampilkan kemunculan debut Limited Time Mode – ‘Three Strikes‘, kosmetik seperti skin yang direka dengan kerjasama Post Malone, dan banyak lagi.

Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer yang anda boleh tonton di bawah:

Apex Legends baru sahaja melancarkan Limited Time Mode serba baharu di mana para pemain akan bertemu dengan aksi gameplay huru-hara dalam “Three Strikes,” mode yang fast-paced dengan mekanik revive lebih pantas serta kebal apabila “down”.

Kredit: Respawn Entertainment

Mengikut tema nama, elemen yang memainkan peranan besar dalam mode ini ialah sistem Strike. Pendek kata, apabila seluruh pasukan anda mati, korang semua akan respawn dan terjun bersama-sama. Bukan itu sahaja, pemain akan menyimpan semua peralatan, senjata dalam loadout dan baki perisai Evo. Semua itu bermakna satu Strike.

Jika pasukan mengumpul maksimum tiga Strike, anda akan tersingkir buat selama-lamanya.

Kredit: Respawn Entertainment

Oleh itu, setiap skuad juga boleh respawn dua kali, lengkap dengan loadout dan peralatan mereka, sebelum disingkirkan buat selamanya jika mengumpul strike ketiga.

Falsafah reka bentuk di sebalik Three Strikes adalah untuk menggalakkan pemain mengambil risiko. Setiap Strike bertindak seperti amaran supaya pemain boleh membuat strategi yang lebih bombastik dan berani. Pemain mempunyai tiga peluang, jadi pemaju mengharapkan orang ramai menggunakannya.

Sambil bermain mode terhad itu, pemain boleh melengkapkan Daily Challenges untuk memperoleh Camo Credits, kemudian melawat Reward Shop untuk mendapatkan kosmetik baharu, level Battle Pass dan banyak lagi.

Kredit: Respawn Entertainment

Untuk kosmetik, skin dan bundle tier “Iconic” dibuat untuk Octane, Wraith, Horizon dan Lifeline – semuanya diilhamkan oleh Post Malone yang tidak segan silu meluahkan cinta dan minatnya terhadap game ini. Di sini, Respawn bekerja rapat bersama Post Malone untuk menggabungkan elemen dan pakaian yang dilihat dalam video muzik, rancangan khas dan sebagainya.

Sebagai tambahan, pemain yang memperoleh 20 sticker bertemakan event ini akan menerima 3 sticker Legendary.

Kredit: Respawn Entertainment
Kredit: Respawn Entertainment

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui aplikasi EA, Origin dan Steam manakala [] akan datang pada [] 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsPost Malone
ShareTweetSend
Previous Post

Review Football Manager 2024 – Perasaan Menjadi Pep Guardiola Menjadi Nyata

Next Post

Cheetah Keluarkan T-shirt dan Hoodies Attack on Titan! Harga Bermula RM 59!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cheetah Keluarkan T-shirt dan Hoodies Attack on Titan! Harga Bermula RM 59!

Cheetah Keluarkan T-shirt dan Hoodies Attack on Titan! Harga Bermula RM 59!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd