Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atlet Esports perlu membayar cukai untuk pembangunan Esports negara – ESKL

ESKL memulakan kempen pembayaran cukai pada tahun 2021

Nyny.A by Nyny.A
December 18, 2020
in Artikel, Berita, Esports, Genre, Tempatan
0 0
0
Atlet Esports perlu membayar cukai untuk pembangunan Esports negara – ESKL
Share on FacebookShare on Twitter

Laporan yang disediakan dari BERNAMA memberi pernyataan bahawa Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) yang bercadang untuk mengadakan kempen pembayaran cukai kepada kalangan atlet Esports bermula tahun 2021.

President ESKL, Hisham Darus menyatakan bahawa kempen tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan pemain industri ini membayar cukai hasil hadiah wang kemenangan dan masa yang sama bagi mengelak diri dari didenda atau dikenakan sekatan untuk perjalanan ke luar negara.

Sumber: FB ESKL

Menurutnya kebanyakkan atlet dalam industri ini lebih tertumpu kepada menyertai kejohanan untuk membuktikan pencapaian dan kebolehan dalam permainan esports berbanding dari membayar cukai untuk kepentingan pembangunan industri ini di dalam negara.

“Jadi bermula 2021, ESKL akan menjalankan kejohanan serta aktiviti bersekali dengan kempen kesedaran membayar cukai dalam kalangan penggiat e-sukan untuk memberitahu atlet bahawa wang kemenangan yang diperoleh itu bukan milik mutlak mereka.

“Sebahagian daripada wang kemenangan perlu diserahkan kepada negara untuk kemajuan negara khususnya bagi menampung pembangunan e-sukan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hisham Darus turut menyatakan anggaran sehingga RM100 juta boleh diperoleh pihak kerajaan jika atlet esports membayar cukai pendapatan tersebut. Selain itu, beliau turut menyuarakan bahawa terdapat atlet memberi keluhan apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula meminta mereka membayar cukai dan ada diantara kes dibawa ke kes makhamah dan boleh diisytiharkan muflis.

Sehubungan dengan itu, ESKL akan mengutus surat rasmi dalam masa terdekat untuk membawa perkara ini ke perhatian Tengku Dato’ Sri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kementerian Kewangan Malaysia dan juga DS Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia & Sukan bagi membincangkan mengenai langkah-langkah yang wajar dijalankan bagi mendidik masyarakat khususnya ‘esports enthusiasts’ mengenai pengurusan pengisytiharan cukai pendapatan serta pertimbangan yang berkaitan dengan pengecualian cukai ke atas atlet esukan yang bertaraf Olahragawan & Olahragawati untuk kategori sukan elektronik.

“Saya difahamkan setakat ini ada 29 sukan didaftarkan untuk pengecualian cukai ke atas olahragawan dan olahragawati. Saya harap e-sukan dapat dipertimbang untuk diletakkan dalam Jadual 1 tersebut,” katanya.

Tetapi untuk diingatkan sebenarnya kemenangan kejohanan tidak patut dikenakan cukai kerana dikelaskan sama dengan memenangi loteri. Walau bagaimanapun penajaan, sokongan, iklan dan upah semuanya dikenakan cukai.

Kita tahu pasti ramai atlet akan membuka mulut dari dikenakan cukai serbegini, kerana iya kita tahu semestinya ini adalah wang hadiah hasil kemenangan atas kepayahan mereka. Mungkin pihak ESKL atau LHDN harus membincangkan semula pekara ini agar ianya menjadi lebih mudah.

Sumber: ESKL, BERNAMA

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ESKLPersatuan Sukan Elektronik Kuala LumpurPersatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL)
Previous Post

Terminator: Resistance – Enhanced membawa visual yang lebih baik dan kemas kini keseimbangan ke PS5

Next Post

Sony menarik Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store dan menawarkan bayaran balik sepenuhnya

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Sony menarik Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store dan menawarkan bayaran balik sepenuhnya

Sony menarik Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store dan menawarkan bayaran balik sepenuhnya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd