Setelah menunggu sekian lama, kita mendapat jawapan untuk bilakah Samurai Shodown akan dilancarkan di PC. Yang mengejutkan ialah ia muncul dalam video Epic Games Store Spring 2020. Video ini mengesahkan bahawa game pertempuran oleh SNK ini akan datang pada “Spring 2020“. Malangnya, tarikh pelepasan yang lebih spesifik tidak diumumkan.
Ini akan menjadi pelancaran rasmi PC yang pertama untuk Samurai Shodown. Secara teknikal, game ini telah tersedia melalui pelantar Google Stadia sejak 19 November 2019 dan pada satu ketika dahulu, ia juga boleh didapati secara percuma kerana termasuk dalam senarai permainan percuma Stadia Pro.
Berikut adalah permainan video yang dinyatakan dalam video Epic Games Store Spring 2020:
- Among Trees – Summer 2020
- Control The Foundation DLC – March 26, 2020
- Diabotical – Close Beta bermula sekarang
- Dread Nautical – April 29, 2020
- Industries of Titan – April 14, 2020
- Samurai Shodown – Spring 2020
- Saturnalia – 2020
- Sludge Life – Spring 2020
- Totally Reliable Delivery Service – April 1, 2020
Samurai Shodown boleh didapati sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan Stadia. Versi PC Samurai Shodown akan datang ke Epic Games Store pada “Spring 2020“. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang permainan ini, pergi ke halaman Epic Games atau bacalah ulasan kami di sini
@gamersantaimy
Discussion about this post